Friday, April 25, 2008

li'l book~hadiah untuk muallims/ahs


alhamdulillah~penghasilan li'l book of 50 suara hati (membongkar rahsia mengapa guru-guru Al-Amin begitu istimewa di hati kami) sudah sampai ke tahap 75% penghasilannya. kini sedang dalam fasa untuk memasukkan illustrasi.
walaupun li'l book ini akan dihadiahkan kepada semua muallim dan muallimah secara percuma, Biro Penerbitan juga membuka peluang kepada ahli-ahli FASA untuk turut sama membongkar rahsia ini ^_^ anda semua boleh dapatkannya dengan harga RM0.50 each. hubungi Biro Penerbitan segera!!

tag rasmi sukarelawan FASA


tadaa~alhamdulillah sekarang FASA telah mempunyai tag rasmi untuk para sukarelawannya. tag ini akan diberikan kepada ahli-ahli FASA yang datang membantu dalam program-programnya. selain mempromosi FASA, tag ini juga bertujuan untuk memudahkan ahli-ahli FASA mengenali antara 1 sama lain. almaklumlah FASA dah banyak batch, ramai juga yang masih belum kenal antara 1 sama lain

Eksplorasi Menara Ilmu 25-27/4/08

EMI akan berlangsung pada hujung minggu ini. Tahniah kepada 11 orang ahli FASA yang sanggup mengorbankan weekend mereka untuk hadir ke prog ini. Tahniah juga kepada ahli FASA yang hadir sebagai AJK

EMI dan Seminar Menara Gading (SMG-akan dianjurkan pada Jun 08 i'A) adalah program yang menggantikan program Career PAth yang diwar-warkan sebelum ini. Justeru, adalah diharapkan agar adik2 khususnya yang baru menamatkan pengajian di matriks, juga adik2 G7 lepasan SPM dapat memanfaatkan program ini dengan sebaiknya.
-----------------------
Eksplorasi Menara Ilmu 2008 (EMI '08)

Tarikh
25 hingga 27 April 2008/
18 hingga 20 Rabiulakhir 1429H (Jumaat hingga Ahad)


Tempat
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Hari Pertama)

dan Kem Sri Raudah, Gombak (Hari Kedua dan Ketiga)

Yuran
RM 40 sahaja!

Anjuran
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) dan
Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (Karisma)

Jualan Hari Sukan 20/4/08

20 Apr 2008

Jualan FASA sempena Hari Sukan alhamdulillah telah berjaya disempurnakan walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran pada peringkat awalnya.

popcorn!~antara produk yang dijual di gerai FASA ^_^ nyum nyum!!



Hari Sukan yang lalu juga tampil lebil istimewa dengan kehadiran lebih ramai ahli FASA daripada pelbagai batch. Ada yang bertugas sebagai sukarelawan membantu khusus untuk acara sukan, ada yang bertugas di meja jualan FASA, ada yang membantu PIBG mengedarkan makanan percuma, ada yang membantu Biro Penerbitan membuat edaran percuma..tidak ketinggalan kepada akh Afif (G6) yang menjadi pengulas sukan yang begitu bersemangat!

Kelihatan juga adik2 G6 yang baru menamatkan pengajian matrik mereka. dan penghargaan juga untuk akh presiden yang datang menjenguk aktiviti FASA kali ini.

sesungguhnya kehadiran dan sumbangan ahli-ahli FASA dalam sukan kali ini begitu dirasai sehingga dinukilkan 1 perenggan khas dalam laporan moderator pibg siab net!

Jazaakumullahu khairan katheera!


kelihatan akh presiden sedang beramah mesra dengan Muallim Fadhli yang telah memimpin Rumah Biru memenangi Anugerah Perbarisan Terbaik ^_^ bak lagu rumah biru~menyerlah jauh dari yang biasa!

Sesi Bersama Banat 18/4/08

18 apr 2008 menjadi hari yang paling sibuk bagi FASA setakat ini.

setelah Forum pada sebelah pagi, dan jualan sempena hari kantin sehingga lepas jumaat, ukht Marhamah Jailani telah dijemput pula untuk mengisi slot bersama adik2 form 2 sempena prog qiyam mereka.

Jualan sempena Hari Kantin 18/4/08


sempena Hari Kantin Sek Men pada 18/4/08 yang lalu, alhamdulillah FASA telah diberi peluang untuk turut sama menjana dana.

jualan yang sungguh hebat alhamdulillah!! keuntungan juga di luar jangkaan, banyak stok yang licin menyebabkan JK Dana FASA terpaksa mendapatkan stok baru untuk jualan hari sukan 2 hari berikutnya.

bookmark FASA~buatan sendiri, unik! kerana setiap design berbeza. nak beli? hanya RM0.50 satu, dapatkan segera! hubungi JK Dana FASA ^_^

jazaakumullah kepada semua yang datang membantu. kelihatan ramai ahli FASA yang muncul alhamdulillah. terasa kemeriahannya!

Forum Maulidur Rasul 18/4/08

alhamdulillah pada 18/4/08 yang lalu, pihak MPP Sek Men Sri Al-Amin Bangi telah menjemput 3 orang ahli panel daripada FASA untuk berkongsi dengan adik2 dalam Forum Maulidur Rasul

jazaakumullah kepada akh Ibrahim Hassan, ukht Muslihah Fuad & Ukht Husna Zamani yang telah hadir mewakili FASA


-----------------

Sukaneka Sek. Ren Sri Al-Amin Bangi 15-16/4/08

beberapa ahli FASA diketuai oleh Akh Naib Presiden; Akh Syed Zulfauzi telah turun padang membantu melancarkan Sukaneka Sek Ren Sri Al-Amin Bangi dari 15/4 hingga 16/4

Tahniah kepada para sukarelawan, semoga Allah memberatkan mizan amal kalian dengan amal ikhlas ini.

pameran FASA sempena Hari Takrim 2008

alhamdulillah, sempena Hari Takrim 2008, Biro Penerbitan dengan kerjasama Biro Dana & Kebajikan serta Office of Secretary telah mengadakan pameran penerangan tentang FASA. Ada papan pameran FASA (penghargaan kepada Tadika Khalifah Bestari yang elah menaja papan pameran yang unik^_^), edaran percuma-brochure FASA, handbills EMI, buletin2 FASA, buletin AmanPalestin, risalah Selamatkan Gaza!. Ada juga disediakan tabung kebajikan yang alhamdulillah mendapat kutipan yang agak banyak. Juga diusahakan secara habis-habisan mempromosi pendaftaran sebagai ahli! (thumb up to husna KA)
jazaakumullah kepada semua yang membantu. budi kalian hanya Allah yang layak membalasnya

jualan sempena Hari Takrim 12 Apr 2008





Monday, April 21, 2008

Let's Share Your INTEREST (^,^)


Assamualaikum w.b.t...

Attention please!! JK Perhubungan sedang buat survey mengenai minat antum semua supaya selepas ini FASA boleh mengadakan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dgn minat antum di samping dapat mengasah bakat yg tersembunyi selama ini...

Jadi, marilah kita kongsi minat bersama!!

Apa yang U all minat??

Ikhwah?? Main Futsal?? Bola Sepak?? Melukis??

Akhawat?? memasak?? ke.. menjahit?? membuat hiasan dalaman rumah??

Apa-apa aja yang antum minat, meh kongsi dgn kami!!!

antum boleh emelkan minat-minat antum ke fasanet@yahoogroup.com atau tulis je kat cbox di sebelah ini beserta nama & dari batch mana...

Kerjasama antum amat kami harapkan.. Jazakallah =D

Tuesday, April 8, 2008

PENGUMUMAN!!!!

assalamualaykum warohmatullahi wabarokatuh.

insya Allah,
12/4/2008 ni akan diadakan hari takrim SMIAAB.
20/4/2008 pula akan berlangsung sukan tahunan SRIAAB.
11/5/2008 akan diadakan sukan tahunan tadika khalifah bestari (yang kat belakang sekolah tu).

FASA melihat peluang niaga di fuction2 ni. so, FASA akan membuka BOOTH PENGENALAN FASA + GERAI FASA dan kami memerlukan tenaga kerja untuk ketiga2 function ni.

so, sesiapa yang ada kelapangan waktu dan ingin menyumbang, kami mengalu2kan kedatangan anda. boleh daftar sebagai relawan kepada bilal jailani (+60196477849) bagi banin dan kepada sarah afiqah khairulannuar (+60173673861) bagi banat.

seterusnya, kepada sesiapa yang ada teddy bear yang cute2 yang dah tak nak lagi atau bekas2 souvenir yang cantik2 tapi dah tak nak, boleh sumbangkan kepada FASA melalui sarah/bilal untuk projek souvenir hari ibu dan hari guru mei ni.

salam.

marhamahjailani
vicepresidentfasa2