Tuesday, September 30, 2008

banner Semarak Ramadhan FASA

presiden FASA bersama Akh Zuhdi Zamani bergambar dengan banner Semarak Ramadhan FASA yang digantung di sekolah

`Eid Mubarak~daripada Presiden FASA




Ummul Khairiyah (Batch 4) dalam majalah Remaja edisi 15 september


Wednesday, September 24, 2008

Mohon isi database FASA ini~

Assalamualaikum ahli FASA sekalian,

Diminta agar antum dapat mengisi database FASA ini secara online:

http://spreadsheets.google.com/viewform?key=pqJyAd0Y7V8Z7h3gOby5FKw

Tolong maklumkan pada ahli-ahli FASA yg lain~

Setakat ini hanya 19 orang sahaja yg menghantar database.

Wassalam

Wednesday, September 17, 2008

Saja kirim berita... :D




Assalamualaikum semua, semoga sihat wal afiat dan terus bersemangat menempuh madrasah ramadhan 1429H. Tinggal baki beberapa hari lagi. Kalau boleh, kita tidak mahu menjadi orang yang menyesal selepas ramadhan berakhir, kerana malaikat izrail itu seolah-olah berada di sebelah urat tengkuk kita. Bila-bila masa ajal boleh datang. Hanya menunggu 'command' dari Allah subhanahu wataala.

Alhamdulillah, dah lebih kurang seminggu ana dan Hanif 'berjalan' di bumi anbiya Mesir. Nak kata seronok, bolehlah. Memang seronok. Banyak juga benda baru yang kami jumpa.

Boleh dikatakan kami sekarang sedang berjinak-jinak menjadi orang arab Mesir. Cuba belajar bahasa mereka. Cuba makan cara mereka. Dan tak lupa, cuba meraikan ramadhan cara mereka.

Secara umum, apa yang ana dengar daripada rakan-rakan di Malaysia mengenai Mesir tidaklah seratus-peratus tepat dengan apa yang ana lalui. Boleh dikatakan 60% sahaja yang betul. Apapun, wallahu a'lam, baru seminggu. Banyak lagi perkara baru yang belum dilihat.

Kehidupan di sini memang 'tough'. Kalau nak buat cara Malaysia, memang ketinggalan. Pergerakan masyarakat Mesir memang pantas. Mereka tahan lasak dan tak mudah menyerah kalah. Pernah ana keluar dengan kawan-kawan. Kami nak naik bas. Kebetulan ana beratur belakang sekali. Elok semua kawan dah bas, bas tu terus berjalan. Ana pun lompat naik je lah. Bergoyang juga. Sampai ke atas, ada dua orang mahasiswi Indonesia ketawa kecil kepada ana.

Ramadhan di sini memang meriah. Mereka tak tidur malam. Bermula maghrib, bandar Cairo 'hidup' sampai waktu subuh. Lebih-lebih lagi, serparuh kedua bulan ramadhan. Sempat juga sertai qiyamullail di Masjid As-Salam. Mula pukul 12 tengah malam. Ingatkan solat macam solat tarawih; satu rakaat 1.5 muka surat alquran. Rupanya satu rakaat satu hizb. Tapi tengok orang Arab steady je. Kita yang terlentok-lentok (Tak apa, ni proses transisi...).

Satu perkara yang baik untuk dikongsi di sini ialah tadarus alquran. Mereka amat memperbanyakkan bacaan alquran sewaktu Ramadhan. Senang sangat nak jumpa orang baca quran. Tengah bandar yang panas-panas tu. Di perhentian bas. Dalam kedai. Dalam bas dan van. Merata-rata. Dalam masjid apatah lagi.

Rasanya sampai sini dulu buat kali ini. Semoga segala cabaran di sini dapat dilalui dengan baik. Kami mengharapkan doa antum semua. Mari bersama menghidupkan 10 terakhir ramadhan. Semoga Ramadhan 1429H menjadi penebus bagi api neraka di akhirat nanti. Ramadhan Kareem, wa nahnu ilallahi aqrab, insyaAllah.

Wassalamualaikum wbt.

Bilal bin Jailani
Haiyu Asyir, Cairo
5.10 petang, 17 Ramadhan 1429H