Thursday, April 30, 2009

TAMBAHAN RM60~pencapaian setakat 3 may 2009 (ahad 6pm)

batch 8: RM15
batch 7: RM37
batch 6: RM150
batch 5: rm131
batch 4:
batch 3: Rm59
batch 2: Rm700
batch 1: RM60
batch UPSR 1995 ke atas: RM352

JUMLAH: RM1504
alhamdulillah thummalhamdulillah. masih banyak yg perlu diusahakan untuk capai at least RM8,000. JOM giatkan usaha!! setiap sen anda amat bermakna. JOM INFAQ!!

Sunday, April 26, 2009

Laman Sesawang yang Bagus!

Salam,

Baru-baru ini ana telah berjaya mencari laman sesawang yang amat sesuai kepada kita sebagai umat Islam yang dahagakan ilmu & hiburan.

1. Laman sesawang mengandungi tazkeera, quran downloader, quran recitation, islamic glossary, phonetic search, Q&A (ask the imam) dan lain-lain. Harap semua boleh manfaatkannya dan letaklah pautan tersebut di blog anda! http://www.islamicity.com

2. Laman sesawang seterusnya ialah radio nasyid online. 24jam nasyid je. siap ada tulis nasyid apa yang sedang dimainkan. Jadi, sekiranya anda berminat dengan nasyid yang baru anda dengar tadi, bolehlah 'search' dan muat turun nasyid tersebut segera. Berikut adalah laman sesawang tersebut: http://radio.nasyidfm.net. Pastikan komputer anda mempunyai Flash Player!

Monday, April 20, 2009

Lost Contact

Salam,
AMT Gener8ion memerlukan bantuan semua ahli FASA yang mempunyai nombor telefon terbaharu bekas muallim / muallimah seperti Muallimah Solehah, Muallimah Ayu, Muallimah Mazila, Muallim Aunurrahim, Muallim Zambri (DJ IKIM), Muallimah Julia dan sebagainya.
Sekiranya terdapat nombor2 tersebut dalam Contacts di telefon bimbit anda, hantarkan segera kepada JK Perhubungan Gener8ion- 019-363 2241. Due date 27 April 2009.

Sunday, April 19, 2009

Takziah dan Al-Fatihah

Salam,

Salah seorang ahli FASA batch 9, adik Muaz Azhar telah kembali ke rahmatullah pada hari ini, 19 April 2009 (mungkin waktu Asar kerana ana dapat mesej pada waktu Maghrib). Jenazah Allayarham Muaz akan dibawa ke rumah keluarga Allahyarham selepas Maghrib di Bangi.

Marilah sama2 kita bacakan Al-Fatihah untuk Allahyarham dan seluruh ahli FASA dan warga Al-Amin mengucapkan takziah kepada keluarga Pakcik Azhar. Semoga beliau ditempatkan dalam kalangan orang2 yang beriman..
Ameen.

Saturday, April 18, 2009

pencapaian setakat 17/4/09 (jumaat 9pm)

batch 8: RM15
batch 7:
batch 6: RM150
batch 5: rm94
batch 4:
batch 3: Rm59
batch 2: Rm500
batch 1:
batch UPSR 1995 ke atas: RM332

JUMLAH: RM1150

alhamdulillah thummalhamdulillah. masih banyak yg perlu diusahakan untuk capai at least RM8,00.

JOM giatkan usaha!!

setiap sen anda amat bermakna. JOM INFAQ!!

kelahiran~

mabruk diucapkan kepada ukhtuna Marhamah Jailani di atas kelahiran puteri sulung pada 11/4/09 jam 4.58petang di Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh. Semoga Allah memberikan kekuatan untuk memberikan tarbiyyah yang terbaik untuk puteri yang dilahirkan.

Friday, April 17, 2009

walimah 25 april & 2 mei

jemputan untuk semua warga FASA~





baarakallahu lakuma wabaaraka `alaykuma wajma'a baynakuma fi khayr








Thursday, April 9, 2009

FAQ 1

Soalan 1:
Bismillah..(ikhlaskan niat).

Assalamualaikum wbt.

Menarik juga pembahagian ni. Boleh menang dari sudut psikologi penderma dan menampakkan nilai "berat sama dipikul, ringan sama dijinjing". Tahniah buat yang terlibat.

Saya rasa lebih baik kalau pihak FASA menjelaskan dengan terperinci bagaimana ahli FASA di luar negara dapat menyumbang (I mean cash @ cheque @ through family account).

Hingga jumpa lagi. Allah maakum. Salam KERJAKERAS dari saya. Waalaikumussalam :D


Jawapan:
Jazaakillah/ Jazaakallah kepada Anonymous. Soalan yang bagus!
Ahli FASA di luar negara bolehlah menyumbang kepada akaun berikut:

No. Akaun Bank Muamalat 1207-0003705-71-8 atas nama TABUNG PEMBANGUNAN AL-AMIN BANGI

ATAU

sumbangan cek atas nama TABUNG PEMBANGUNAN AL-AMIN BANGI boleh terus dimasukkan ke akaun di atas
ATAU
dikirimkan ke alamat: Pengetua/ Guru Besar, Sekolah Sri Al-Amin Bangi, Lot 8796, Kg. Sg. Tangkas, 43000 Kajang, Selangor, MALAYSIA

jadi, boleh:
1-bank in terus ke dalam akaun
2-minta keluarga /sesiapa bank in kan bagi pihak anda
3-hantar cek ke sekolah
4-deposit cek terus ke dalam akaun

YANG PENTING:
maklumkan tentang jumlah wang yang disumbangkan+masa+tarikh kepada pihak FASA (email ke nyemahmulyaa@gmail.com) untuk urusan rekod kami~tanda sumbangan ini atas usaha promosi FASA ^_^


Objektif & Pencapaian JAMUAN AMAL

OBJEKTIF JAMUAN AMAL (seperti yang tercatat dalam brochure):
1. Membantu pihak sekolah dalam program pentarbiayahan pelajar
2. Membantu pihak sekolah melengkapkan kemudahan perpustakaan
3. Membantu pihak sekolah menyediakan kemudahan pembelajaran yang lebih kondusif
4. Membantu pihak sekolah menyediakan kelengkapan ko-kurikulum
5. Menjalinkan pemuafakatan di kalangan pelajar, guru, ibu bapa, alumni, para dermawan dan komuniti setempat ke arah perkongsian bestari pendidikan


PENCAPAIAN SETAKAT 9/4/09:
batch 8: RM15
batch 7:
batch 6:
batch 5: RM10
batch 4:
batch 3: RM15
batch 2:
batch 1:
batch UPSR 1995 ke atas: RM250

JUMLAH SETAKAT 9/4/09: RM290 (3.625% daripada sasaran RM8k)

JOM BERUSAHA LAGI!! ^_^

Saturday, April 4, 2009

Jamuan Amal Sumbangsih Sri Al-Amin




^_^ sila click pada gambar untuk paparan lebih besar



-----------



MARILAH BERSAMA DALAM PERNIAGAAN YANG TIADA RUGINYA!!


PERNIAGAAN MENCARI KEUNTUNGAN DUNIA DAN AKHIRAT!!


MARI MENYUMBANG SAMBIL MENGGANDAKAN PAHALA ^_^




bagi menyokong usaha ini, dan sebagai melaksanakan tanggungjawab sebagai penganjur bersama, FASA telah membuat pembahagian pencarian dana seperti berikut:






batch 8 - RM500



batch 7 - RM500



batch 6 - RM500



batch 5 - RM500



batch 4 - RM500



batch 3 - RM500



batch 2 - RM500



batch 1 - RM500



batch UPSR 1995 ke atas - RM4000



JUMLAH: RM8000 sahaja (daripada RM100,000 jumlah keseluruhan yang disasarkan)






beberapa cadangan untuk mendapatkan dana yang disasarkan



1-beli tiket (harga RM100 per kerusi). boleh dapatkan tiket dan resit pembelian daripada maryamj 016 232 7902






2-derma mengikut kemampuan anda. sumbanglah walaupun 1 sen.






3-kumpul sumbangan daripada ahli batch. contoh ahli batch ada 10 orang X RM50 = RM500. atau 10 orang X RM25 = RM250. (lagi RM250 boleh cari dengan usaha lain)






4-cari upah cuci kereta/ lipat kain/ bersihkan halaman/ design banner etc. dengan duit yang terkumpul, boleh pula dijadikan modal untuk buat bisnes yang menjana keuntungan yang lebih besar






5-jual tiket kepada jiran-jiran/ saudara mara etc






6-promosikan jualan tiket kepada seluruh network anda






7-charity sale. kumpul barang2 yang masih elok daripada ahli batch anda, kemudian jual dalam bentuk charity sale. nyatakan bahawa keuntungan akan diberi sepenuhnya kepada Tabung Pembangunan Al-Amin






8-beritahu ahli batch anda yang berada di luar negara. walaupun jauh di mata, mereka tetap dapat menyumbang. sumbanglah walau 1 sen/ 1 rupiah/ 1 pound sterling/ 1 dollar / 1 genih ^_^






9-Jika anda merupakan ahli FASA yang mempunyai syarikat, boleh buat special request kepada AJK Jamuan Amal untuk menyediakan surat khas dilampirkan bersama kertas kerja Jamuan Amal. AJK Jamuan Amal ada 1 team khas untuk meladeni institusi dan syarikat-syarikat.
















Friday, April 3, 2009

Upcoming Event

Aktiviti2 pada bulan ini ialah:

  1. Sukan Sekolah Rendah pada 4 April 2009 di padang Uniten.. (FASA & Gener8ion akan adakan gerai)
  2. Hari Takrim Sek Men 2008 di Dewan Sekolah Menengah Sri Al-Amin Bangi pada 12 April 2009
  3. Perlawanan Futsal antara pelajar Sekolah Menengah vs Sekolah Rendah pada 26 April 2009 (anjuran PIBG)
Lain-lain aktiviti:

  1. Pesta Buku Antarabangsa pada17-26 April 2009 di PWTC
  2. PC Fair pada 10-12 April 2009 di KLCC

Surat Hari Takrim

Kepada penerima2 hadiah pada Hari Takrim Sekolah Menengah Sri Al-amin Bangi
sila ambil SURAT PENERIMAAN selewatnya2
JUMAAT 3 APRIL 2009

Berikut adalah penerima2 tersebut..

  1. Muhammad Ridhuan Hakim b Ahmad Fathi
  2. Ahmad Syahir b Muhd Amir
  3. Muhammad Amin Iqbal b Ismail
  4. Muhammad Farhan b Mohd Salmi
  5. Aizul Fahmi b Abdullah

Diharap dapat mengambilnya dengan segera kerana Bahagian Protokol memerlukan jawapan pengesahan anda pada
ISNIN 6 APRIL 2009