Thursday, July 9, 2009

Melakar Sejarah~dari perspektif FASA

Melakar sejarah! YA. MELAKAR SEJARAH. paling tidak buat kita semua seluruh warga Al-Amin. Belum pernah rasanya Al-Amin membuat fundraising project sebesar ini, dari sudut skala targetnya dan juga penglibatan pelbagai pihaknya. atau pernah?

ketika satu sesi motivasi buat seluruh warga kerja di sebalik jamuan amal ini, kami dimotivasi agar menghasilkan sebuah jamuan amal yang WOW! bukan sekadar untuk mencapai target 100K, tetapi INILAH SALAH SATU PLATFORM UNTUK MEMPROMOSI AL-AMIN sebagai sekolah WOW! sekaligus membawa erti WOWnya adalah kerana ISLAM yang menjadi prinsipnya.

kerja di sebalik tabir jamuan amal ini telah bermula sejak tahun lepas. cukup lama persediaannya. menghimpunkan tenaga kerja dari pelbagai latarbelakang. mentarbiyah kita semua cara dan gaya berhadapan dengan keunikan manusia yang pelbagai. demi untuk bumi tarbiyah yang kita cintai.

sejarah yang dilakar membabitkan pelbagai kisah. bagi pihak FASA, FASA berasa sungguh terharu dengan sambutan dari semua batch demi membantu Al-Amin. dari yang menjual air kotak di luar negara, mewujudkan tabung di rumah, menjual baju bundle, menjual dadih, air kotak, mempromosi kepada ahli keluarga dengan hebatnya, menjual coklat, dan pelbagai lagi baragan halal yang dijual sehinggalah sejarah menyaksikan ibu yang bekerja ketika sarat mengandung dan menyambung tugas mencari dana selepas tamat pantang, bapa-bapa yang menyumbang membeli tiket tetapi pada hari jamuan amal tidak duduk di kerusi yang dibayarnya kerana bertugas di belakang tabir, yang berusaha mencari pengangkutan untuk datang mesyuarat jamuan amal, mengedar flyers promosi, mengorbankan duit poket sendiri, berpuasa, mendoakan saban hari sehinggalah yang menziarahi blog ini setiap hari...semua ini dan bermacam kisah lagi..kerana kita peduli tenang perjuangan dan survival Al-Amin

ruang dalam dewan Sri Siantan yang wow! pernahkah anda terbayang ini Jamuan Amal Al-Amin? 800 kerusi @ 80 meja! 800++ hadirin yang hadir, belum campur AJK, performers, peramu saji (petugas2 caterer) etc

red carpet...for all

men in black...sitting on the black sofa
3 ahli FASA yang menjadi AJK Persembahan


pemandangan Dewan Sri Siantan dari luar...


4 orang ahli kumpulan The Eminence yang mengiringi persembahan angklung

buat pertama kalinya dalam sejarah, Al-Amin mempunyai sebuah pasukan terdiri daripada 23 orang pelajar Al-Amin yang mempersembahkan 4 buah lagu menggunakan angklung? Anda tahu bermain angklung? lihat saja betapa smartnya adik2 ini, siap dengan note stand. mereka membaca music note ya!

latihan adik2 ini bermula kra-kira sebulan sebelum jamuan amal, dengan jadual latihan yang boleh dikira intensif, mengorbakan cuti sekolah, dengan latihan 4 jam sehari..fuh! adik2 angklung memang hebat! hebat juga ahli2 FASA yang telah turun saban hari2 latihan untuk melatih adik2 ini tanpa jemu. ukhuwwah dengan adik2 juga dapat dieratkan. alhamdulillah!



banin sek menengah tampil gagah melaungkan nasyeed merah saga dan disusuli dengan nasyeed sumbangsih.



kumpulan Plain menyusul. Jazaakumullah Fikri (G7) & the gang atas sumbangan yang tidak ternilai harganya


lihat..segakkan adik2 Al-Amin berpakaian. kemeja berkolar..mereka telah mendapat pendedahan ttg etika di meja makan majlis rasmi beberapa minggu sebelum jamuan amal

En. Ariffin Hassan berkongsi tentang keibubapaan kelas dunia. WOW!


secara dasarnya banyak yang perlu dicoretkan. terutamanya saat melihat montaj 20 tahun Al-Amin Bangi (credit to akhuna Abdullah Abbas Fuad G4). Terharu. Air mata jatuh. di hati dan dari tubir mata.
Perjalanan selama 20 tahun ini...memaknakan hidup kita hari ini. Ayuh kita perkasakan ukhuwwah, perhebatkan sumbangan kita demi survival Al-Amin yang kita cintai..demi perjuangan mentarbiyah lebih ramai generasi yang mencintai Islam, mendukung dengan sepenuh jiwanya, memperjuangkannya, bersemangat hidup kerananya dan sanggup mati di jalannya.

jazaakumullah kepada semua. banyak kerja lagi yang perlu kita lakukan. Ayuh bersama gerabak ini! gerabak perjuangan ini! Bila lagi kalau bukan sekarang? Siapa lagi kalau bukan KITA?