Monday, December 21, 2009

Rumaisya Sulha dilahirkan ke dunia


Alhamdulillah! Segala puji bagi Allah, seorang mujahidah kecil lagi comel telah selamat dilahirkan ke dunia.

Nama: Rumaisya Sulha binti 'Ammar
DOB: 10.12.2009
POB: Hospital An-Nur, Bandar Baru Bangi
Weight: 2.9kg

Rumaisya Sulha merupakan anak sulung kepada saudara 'Ammar Azhar (G2).


Semoga dengan lahirnya Rumaisya akan menjadikan rumah tangga Ammar dan zaujahnya bertambah bahagia dan ceria. Didoakan agar Rumaisya akan menjadi anak yg solehah insyaAllah.

Thursday, December 10, 2009

Innovate Smart




Innovate Smart dengan tagline "Approach, Brand & Communicate" adalah sebuah syarikat pemasaran dan pengiklanan dengan khidmat
1) Design & Cetak
2) Web & Multimedia serta
3) Event & Program .

Dengan mengadaptasikan konsep Corporate Branding & Corporate Identity kami manawarkan penyelesaian kepada syarikat dan organisasi untuk mempunyai imej & nilai pemasaran yang baik dan menyampaikannya melalui tools pengiklanan yang berkesan (spt flyers, brochure, newsletter, flash video, presentation, web & portal).

Justeru, Innovate Smart menawarkan keperluan bahan-bahan pemasaran dan pengiklanan bagi membantu syarikat anda mencapai prospektif pelanggan syarikat dengan menggunakan cara yang betul dan efektif.

Kami percaya bahawa program-program pemasaran dan aktiviti-aktiviti pengiklanan mempunyai kesan yang besar dan memberikan hasil yang terbaik apabila mereka merancang sasaran terlebih dahulu. Kami juga percaya bahawa tanpa pemasaran, sesebuah perniagaan itu tidak dapat mengecapi pasaran secara optimum.
____________________________________________
*menjadi salah satu kelebihan bagi ahli FASA adalah berpeluang mempromosikan perniagaan masing-masing dan berpeluang menyertai jaringan usahawan di klangan ahli FASA. kepada mana2 ahli yang berminat, boleh emel kepada nyemahmulyaa@gmail.com.

Monday, December 7, 2009

montaj Sambutan 20 tahun Al-Amin Bangi




jazaakallah kepada akhuna abdullah abbas (g4). sesungguhnya perjalanan ini sangat menyentuh hati. ingatilah tempat jatuh bangun kita. semoga ia memberikan kekuatan untuk kita meneruskan perjalanan ini


(boleh dapatkan di youtube. tajuk: Sejarah Sri Al-Amin Bangi)


pertama kali ditayangkan semasa Majlis Jamuan Amal Sumbangsih Sri Al-Amin Bangi 27 Jun 2009 di Dewan Sri Siantan, Kompleks Perbadanan Putrajaya.


Sunday, December 6, 2009

SEMINAR PENGURUSAN KEWANGAN DAN KEUSAHAWANAN

“SEMINAR PENGURUSAN

KEWANGAN DAN KEUSAHAWANAN”

(SPKK) 2009

13 Disember 2009 (Ahad)
8.00pg-5.00ptg
Dewan Utama, Masjid Wilayah
yuran PERCUMA (Makanan disediakan untuk 500 pendaftaran awal)


ANJURAN BERSAMA:

PERSATUAN BELIA ISLAM NASIONAL

(PEMBINA) KUALA LUMPUR

IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA (ISMA)

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)

MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (MAIWP)

ATURCARA:

Agenda Program

8.00 – 9.00 pagi Pendaftaran

8:45 – 9:15 pagi Ketibaan VIP

9:15 – 9.45 pagi Kata-kata aluan Pengerusi Majlis

Bacaan Doa

Al-Fadhil Muhammad Ihsan B. Abd Latif al-Hafiz

Tayangan Flash

Ucapan Pembukaan Majlis

Dr. Kamil Azmi B. Tohiran,

Presiden PEMBINA

9.45 – 10.30 pagi Pembentangan 1: Tips Pengurusan Kewangan

Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)

10.30 – 11.00 pagi Minum pagi

11.00 – 11.45 pagi Pembentangan 2: Penerangan Kursus Yang Ditawarkan Untuk Graduan

Permodalan Usahawan Nasional Berhad (PUNB)

11.45 pagi – 1.15 petang Pembentangan 3: Sebuah Perkongsian : Bagaimana untuk Berjaya di dalam Bidang Peniagaan?

En. Mohamad Fauzi B. Abd. Jalil

Pengerusi Eksekutif Iwani Group Of Companies

1.15 – 2.00 petang Solat Zohor/Makan tengahari

2.00 – 2.15 petang Induksi Hati

Ust. Annuar Salleh,

YDP ISMA DHL (Daerah Hulu Langat)

2.15 – 3.45 petang Forum : “Kewangan Terancang, Usahawan Cemerlang,

Islam Dijulang ”

Moderator En. Majid B. Jantan

Penalis 1 Hj. Abd. Rahman B. Mt Dali

Pengarah Urusan, Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah

Penalis 2 Hj. Ahmad Radzi B. Yahaya

Pengarah Urusan, Servco Resources Sdn Bhd

Penalis 3 En. Suhaimi B. Abas

Pengerusi, Otai Franchise Sdn Bhd

3.45 – 4.00 petang Majlis Perasmian Penutup

Dato' Wan Mohamad Bin Dato' Sheikh Abdul Aziz,

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

4.00 – 4.30 petang Minum petang dan bersurai.