Wednesday, March 24, 2010

JOM JADI AJK HARI KELUARGA ^_^

kepada: semua ahli FASA

pihak sekolah akan mengadakan Hari Keluarga untuk para guru sempena meraikan Sambutan Hari Guru 2010.
justeru, pihak sekolah menjemput ahli FASA untuk turut sama menjayakan Hari Keluarga ini sebagai AJK Aktiviti Hari Keluarga.

tarikh: 16 mei 2010

sesiapa yang berminat, mohon respon di bahagian komen. maklumat lanjut akan diberikan.

jazaakumullah

PELUANG BISNES SEMPENA HARI SUKAN 3/4/2010

kepada: semua ahli FASA

dijemput kepada mana-mana ahli FASA, samada secara individu atau mengikut batch masing-masing, yang berminat untuk membuka gerai sempena Hari Sukan Sek Rendah Sri Al-Amin Bangi, pada 3/4/2010 di Padang Sekolah Sri Al-Amin Bangi.

bolehlah menghubungi Muallim Zulkifli

selamat berniaga ^_^

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE 19

dah kali ke-19? waah..
alhamdulillah pada 6 mac 2010 yang lalu, telah berlangsung Mesyuarat Agung PIBG
perlantikan jawatankuasa baru telah berlangsung. dan YDP PIBG Sri Al-Amin yang terkini ialah Dr. Badrol.
ada tak di kalangan ahli FASA yang anaknya telah masuk ke Al-Amin? generasi kedua...adakah?
semoga dengan penggembelingan semua sumber yang ada, dapat kita sama-sama menyokong dan mendokong sistem tarbiyyah bersepadu ini




semarak Maulidur Rasul Sri Al-Amin

sempena bulan Rabi'ulawwal yang lalu, panitia Syariah Sek Men Sri Al-Amin Bangi telah menyediakan banner dan poster untuk menyemarakkan semangat mencintai nabi

"Aku rindukan saudara-saudaraku"

SIAPAKAH YANG AKAN MENYAHUT SERUAN INI?

KARNIVAL SUKAN 2010

seminggu penuh sebelum cuti sekolah, Sek Men Sri Al-Amin telah berkarnival sukan bermula dengan merentas desa. acara perbarisan tahun ini dijuarai oleh rumah biru. manakala johan keseluruhan digondol oleh rumah kuning.
insyaAllah sekolah rendah pula akan mengadakan Hari Sukannya pada 3/4/2010. jemput pulang ke bumi tarbiyyah kita untuk melihat perkembangan pesatnya di samping menziarahi guru-guru serta adik-adik Al-Amin

Wednesday, March 3, 2010

Kenangan Walimah Cairo 15 Febuari 2010

Bismillah.

Tahniah buat Saudara Isa bin Mohd Hasan yang melangsungkan walimah perkahwinannya di Masjid Salaam baru-baru ini. Kelihatan ahli FASA yang hadir; Bilal, Irfan, Ibrahim, Syamil, Muawwidz dan Muhamad. Tiada dalam gambar: Hanif, Ghazali, Abdul Musawwir dan Hasan Syahidi.

Dengan sekali lafaz, Saudara Isa membina rumah tangga dengan pasangannya, Saudari Raihana binti Zainal Abidin.

Moga pernikahan ini membawa seribu barokah dan harapan buat generasi umat mendatang. Barakallhu lakuma wa baraka alaikuma wa jama'a bainakuma fi kheir. ^_^



More pictures:
http://ukhwah4islam.blogspot.com/