Thursday, June 10, 2010

Kisah Saya dan Telefon Bimbit

















Bismillah (Nukhlis niyyatana…)


Setelah lebih tiga minggu berada di tanah air, saya mula tak senang duduk apabila mengenangkan negeri studi saya, Mesir. Negeri yang disebut empat kali dalam Al-Quran itu cukup signifikan dengan perjalanan tarbiyah saya. Banyak episod tarbawi yang saya lalui. Salah satu yang boleh saya kongsikan adalah mengenai telefon bimbit.


Kembara tahun pertama saya di Universiti Al-Azhar cawangan Kaherah ditemani sebuah handset nipis Motorola L6. Saya beli secara second-hand dari adik saya. Murah saja, RM100. Adik saya beli pada awal 2007. Saya menggunakannya tanpa sebarang masalah.


Pada akhir musim sejuk 2009 (Mac 09), handset nipis itu mula meragam. Kadang-kadang ia ‘mati’ sendiri. Pada ketika tertentu, lambat responnya pada arahan saya. Ada teman yang mengusulkan agar diganti saja. Namun, saya kurang ambil berat tentang hal-hal begini. “Aku bukannya banyak duit. Lebih baik aku fokus studi”.


Satu hari pada Jun 2009, saya dijadualkan untuk menghadiri MABIT (iftar dan qiam jamaie) yang bermula jam 5.00 petang. Malangnya, saya benar-benar terlupa. Jadi saya buat kerja sendiri di rumah. Tiba-tiba, teman serumah bertanya, “Bilal, tak pergi MABIT ke? Dah lambat ni!”.


“MABIT? Alamak, lupalah! Pukul 5 kan?”, balas saya. Ketika itu jam menunjukkan pukul 6.00 pm.


Saya terus kemas baju, sikat rambut dan segera ke tempat MABIT. Dalam perjalanan, saya tertanya-tanya; “kenapa tak ada orang call untuk ingatkan aku? Ingat aku suka datang lambat ke?”. Bila dilihat pada handset, saya jadi tahu. Rupanya handset saya meragam lagi; ia mati sendiri. “Ya Rabb..!”


Ketika saya sampai, semua orang tengok saya. Saya tahu saya lambat lebih sejam. Dalam masa yang sama, saya tahu mereka melihat saya dengan husnu dzon. Saya ambil tempat dan buat aktiviti yang sedang berjalan, iaitu tilawah fardi. Dalam pada itu, jiwa saya tak tenang kerana dihujani rasa bersalah.


Tak sampai lima minit, seorang senior saya menghampiri dan bertanya,


“Assalamualaikum Bilal, apa khabar? Kenapa lambat?”


“Waalaikumussalam. Sihat. Maaf ya, ana lambat sebab terlupa”, balas saya.


“Ana cuba call enta tadi, tapi tak dapat”, sambungnya.


"Handset ana mati sendiri. Dia memang kadang-kadang meragam macam ni”


“Dah sampai masa tukar agaknya. Belilah yang baru. Handset ni penting. Alat dakwah”, lembut tuturnya menasihati saya.


Kemudian dia menyambung, “Enta beli handset baru tu dapat pahala, sebab ia melajukan dakwah enta”.


Saya sedikit terpana bila mendengar kalamnya. Tak pernah saya sangka sebelum ini handset berperanan sejauh itu. Saya pasang tekad. Esoknya, saya terus ke Genena Mall. Petang itu, saya pulang ke rumah dengan kawan baru, Sony Ericsson K530i. LE800! (RM500).





















Bagi saya, ia mahal. Tak patut saya beli semahal itu. Namun, mengenangkan kata-kata senior, saya nekad. “Tak apa, nanti aku puasalah!”


Demikian kisah saya dengan handset. Dunia tarbawi mengajak saya meneroka banyak perkara yang saya tak sangka. Hakikatnya, seluruh hidup ini adalah ibadah, hatta membeli handset pun; asal disertai niat yang sahih. Dari sekecil-kecil perkara hinggalah ke sebesar-besar perkara.


Contohnya, menyapu lantai rumah yang berhabuk boleh menjadi ibadah yang mulia jika disertakan tekad ‘memberi khidmat sebaik-baiknya kepada teman serumah’.


Nikah pula amat mulia andai disertai tekad mencari reda Allah, menjauhi larangan-Nya, membangun institusi keluarga contoh, membina generasi pelapis dakwah dan lain-lain. (You know better than me ^_^)


Mungkin itulah yang dimaksudkan dengan firman Allah SWT:


قل إن صلاتي ونسكي ومحياي ومماتي لله رب العالمين (الأنعام- 162)


Maksudnya:

“Katakanlah, ‘Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku adalah untuk Allah Tuhan sekalian alam’” (Surah Al-An’am- 162).


Sampai sini dulu bicara saya. Akhir kata, moga kita generasi Al-Amin terus berusaha ‘mengesani’ dan membangun ruh masyarakat.


Dengan semangat Nuh A.S kita melangkah,

dengan keberanian Ibrahim A.S kita berbicara,

dengan sabar Musa A.S dan Isa A.S kita dekati,

dengan manhaj Muhammad S.A.W kita serah segalanya.



(Oooh.., rindunya Mesir..)




BILAL BIN JAILANI (G5)















Monday, June 7, 2010

rindu ramadhan

soalan cepu emas: berapa hari lagikah menjelang ramadhan?

ayuh hitung dan persiapkan diri kita!

ahli FASA kreatif menyuarakan bantahan

catatan kaki- bagaimana pula dengan world cup yang hampir kunjung tiba? di TV dengan gahnya coca cola dan McD mengaku menjadi antara sponsor world cup kali ini. apakah sikap kita terhadap world cup? apakah sikap seorang warga al-amin terhadap world cup? apakah sikap seorang muslim terhadap world cup?
apakah ada yang mahu menulis tentangnya secara objektif dan berfakta?

walimah walimah walimah ^_^

ada berita walimah yang nak dikongsi?
setakat ini khabar yang sampai kepada kami adalah seperti berikut:
walimah mumtazah alauddin (g5) dan muhammad najmi pada 13 jun 2010
walimah helwa husna katiman (g2) dan mohd fadhil pada 19 jun 2010
walimah aqeelah azni (upsr 1995) dan pasangannya pada 19 jun 2010

ahli FASA urusetia perkhemahan TKRS 6-8 jun 2010


alhamdulillah seramai sekurang-kurangnya 4 ahli FASA daripada bath 9 telah menawarkan khidmat sebagai urusetia bagi membantu perkhemahan TKRS tahun lima yang sedang berlangsung kini.
selamat berkhidmat dan tadabbur alam ^_^

anda bijak jauhi zina di al-amin


alhamdulillah program anda bijak jauhi zina telah dijalankan dengan jayanya di al-amin semalam. seramai 65 peserta telah menghadirkan diri.para peserta terdiri daripada pelbagai sekolah sekitar bangi dan kajang.
pihak FASA juga dijemput menyertai sesi ramah mesra selepas majlis perasmian. majlis ramah mesra melibatkan pihak penganjur, PIBG, Gen pearl, pihak sekolah, FASA serta semua guru pengiring daripada sekolah yang terlibat.
semoga manfaat yang diperolehi daripada program kali ini dapat digunakan untuk melalui masa remaja yang cuma sekali ini. semoga adik2 berhasil menjadi remaja hamba dan khalifah Allah yang taat.

Hari Keluarga, Hari Guru & Hari Pekerja Al-Amin 2010







alhamdulillah, pada 16 mei 2010 seramai lebih kurang 20 sukarelawan FASA pelbagai batch telah turun padang di Taman Tasik Rekreasi MARDI untuk membantu menggerakkan sambutan pada hari tersebut.




kali ini para muallimin dan muallimat menjadi peserta, begitu juga ahli keluarga mereka. sambutan begitu meriah walaupun matahari semakin meninggi. semua peserta mendapat ais krim percuma selagi ada stok dalam ice cream box pakcik ais krim.

semoga hari keluarga kali ini mempererat ukhuwwah di antara semua pihak yang terlibat. jazaakumullah kepada semua yang turun membantu daripada sesi pre-pogram sehinggalah pada hari kejadian dan sesudahnya.

untuk senarai penerima anugerah sempena hari keluarga, hari guru & hari pekerja 2010, sila ke www.alaminbangi.edu.my
antara anugerah yang telah disampaikan adalah:
1.anugerah al-ghazali
2. anugerah siti khadijah
3. anugerah umar abd aziz
4. anugerah kehadiran awal sepanjang 2009
5. anugerah sifar MC 2009
terdapat 11 anugerah semuanya. tahniah kepada semua para penerima anugerah.

RoboGamez 2010: Rising of The Silent Tower : Resist or Surrender II

kepada yang berminat, boleh ke http://www.unten.edu.my/newhome/content_list.asp?ContentID=3803