Saturday, December 25, 2010
Monday, November 22, 2010
PENYATA TABUNG DANA MUSOLLA SEHINGGA 18/11/2010
ALHAMDULILLAH!!
SASARAN KUTIPAN: RM500,000
walimah
1-muhammad shafiE md nor (upsr 1995) & nur hanisah razali
2-muawwidz al-ansory (batch 3)
3-yusra (batch 5)
4-syaima' shahnor (batch 3)
5-Nurul Ain Zafirah Khamaruddin (Batch 3) & Mukhlis Abdul Fattah (Batch 1) pada 28/11/2010 di Dwn Sarjana, UNITEN, dan pada 5/12/2010 di UPM
6-salwa mustafa din (batch 3) & mohamad taqiuddin anuar pada 18/12/2010 di Taman Warisan Prtanian Putrajaya
7-Izzudin Khairulannuar (batch 3) & Maymunah 'Abdul Hashim pada 26/12/2010 di Masjid UNITEN
Sunday, November 14, 2010
alhamdulillah jumble sale berjaya mengutip RM600++
jazaakumullah kepada ahli2 FASA yang turun padang dan yang mendoakan
dengan kerjasama dan sokongan warga Al-Amin (kakitangan, ibu bapa, ahli lembaga, para pelajar, guru-guru, dan lain-lain), aktiviti JUMBLE SALE semalam berjaya mengutip RM480, belum termasuk RM100++ untuk barangan yang belum dibayar (akan dibayar minggu hadapan).
5 batch (batch 5,6,7,8 dan 9) telah diwakili dan insyaAllah kesemua kutipan akan diserahkan segera kepada Tabung Musolla dan dicatatkan sebagai sumbangan daripada 5 batch FASA yang menghantar wakil.
insyaAllah kita akan menganjurkan lagi aktiviti-aktiviti bagi membuka ruang ahli2 FASA untuk turut menyumbang bagi pembinaan musolla.
setakat ini kira-kira RM150k telah dikumpul. masih memerlukan kira-kira RM350k. Majlis penyerahan kepada kontraktor akan dibuat pada 16/11/2010 ini, bersamaan dengan Hari Takrim Sekolah Rendah. Ayuh kita doakan dan usahakan kutipan mencapai sasaran dan musolla dapat digunakan selewat-lewatnya mulai Ramadhan 1432H.
laporan oleh penyelaras aktiviti JUMBLE SALE; Maryam Jailani (class of 95)
Tuesday, November 2, 2010
JUMBLE SALE UNTUK DANA MUSOLLA
Friday, September 17, 2010
FASA menang bergaya 4-3 di UKM
RED WORRIORS: FASA dibarisi pemain berpengalaman.
Belakang (dari kiri): Nu'man, Basheer, Firdaus, Syamil, Bilal, Ahmad.
Depan (dari kiri): Muhibbuddin, Anas, Afif, Muhaimin
UKM, 16 Sept – FASA Gen 5 telah menganjurkan perlawanan persahabatan bola sepak antara ahli FASA gen 5,6 dan 7 dengan adik-adik Al-Amin dari Gen 11. Perlawanan yang agak bertali arus itu berakhir dengan keputusan FASA menang 4-3.
Dengan tajaan minuman daripada FASA, program bermula seawal 9.00 pagi. Afif Idris mengetuai sesi regangan dan warm-up. Kira-kira jam 9.15 pagi, perlawanan dimulakan selepas sesi fotografi pasukan.
Tirai jaringan dibuka oleh Gen 11 apabila Abdullah Azzam merembat dari dalam kotak penalti menuju penjuru kiri gawang FASA. Syamil Azman sekadar mampu melayangkan badan mengejar bola.
Tersentak dengan jaringan itu, FASA mula bermain lebih baik. Usaha mereka membuahkan hasil apabila hantaran lintang tinggi Anas Zainal dari bahagian kiri menerjah gawang tanpa disangka.
Tidak cukup dengan itu, Afif Idris yang pernah mengetuai pasukan sekolah 4 tahun lepas menyepak mudah ke dalam gawang selepas percubaan leret Ahmad Ibrahim terkena tiang kanan dan melantun. Kedudukan kini 2-1.
Pada separuh masa kedua, sekali lagi Gen 11 ternganga melihat rembatan Firdaus Radzi mengegar jaring. Tidak lama selepas itu, Firdaus terus menempa nama dengan menyumbat gol keempat FASA.
Gen 11 cuba bangkit di akhir permainan dengan menyerang bertubi-tubi. Seperti tidak sanggup kalah besar, mereka terus mencuba walaupun penat. Hasilnya, sentuhan Abdullah Azzam sekali lagi menemui jaring.
Masa semakin suntuk. Kira-kira 5 minit sebelum tamat permainan, Abdullah Husaini, pemain import Gen 11 mendapat peluang dan melakukan rembatan deras ke arah pintu gol. Penjaga gol FASA, Abdul Muhaimin cuba menempis, namun tak berdaya. Jaringan itu sedikit sebanyak menggembirakan Gen 11.
Keputusan tersebut kekal hingga tiupan wisel penamat. Setelah mendapatkan minuman, sesi cool down dijalankan, disusuli tazkirah ringakas dan kutipan derma untuk Tabung Pembinaan Surau Al-Amin. Kutipan program itu mencecah RM92.40.
Gen 5 mewakili FASA mengucapkan ‘jazakallahu khairan kathira’ kepada semua yang hadir dan mereka yang menyumbang. Gen 5 berharap program ringkas bersifat serampang 2 mata ini dapat dijalankan lagi di masa akan datang dengan skala yang lebih besar. Majulah sukan untuk kita!
Dilaporkan oleh: Bilal Jailani
Gambar sekitar aktiviti:
SENYUM: Safwan dan Habib merupakan ayam tambatan Gen 11.
SUMBANGAN: Terima kasih kepada FASA.
BINCANG: Team FASA mengatur strategi.
IBRAHIM: Big boss Gen 5.
KICK-OFF: Kelihatan bola sedikit lusuh. hehe ^_^
KERJA KERAS: Penjaga gol, Irfan berhempas pulas menjaga gawang.
SEPAKAN PENJURU: Kalau tak swing macam Beckham, swing macam Giggs!
MANTAP: Habib mempamer skil kawalan bola.
GEN 11: Terima kasih dan jumpa lagi, Dark Knights!
Belakang (dari kiri): Ibrahim, Irfan, Safwan, Amierul, Habib
Hadapan (dari kiri): Amir, Hamzah, Azzam, Asna, Hanafi
Monday, September 13, 2010
Walimah Walimah Walimah ^_^
Muhammad Abdul Rahim bin Kamarul Zaman (G2) & Alia bt Abdul Rashid pada 19 September 2010 (Ahad) di Dewan Masjid Salahuddin Al-Ayyubi, Jalan Taman Melati, Setapak, KL. 11am-4pm
----------------------------------------------------------------
Ceritafasa juga mengucapkan tahniah di atas pernikahan
1) Abdul Shahiid Shafruddin & Zunaizah Johari
serta
2) Abdul Salaam Shafruddin & Nur Jannah Roslan
yang telah dimasyhurkan pernikahan mereka pada sebuah majlis minum petang pada 8 Ogos 2010 (Ahad) di Dewan Utama Kompleks Kejiranan Presint 9, Putrajaya.
Monday, September 6, 2010
JOM INFAQ!! (rebutlah Ramadhan yang berbaki beberapa hari sahaja lagi)
-------------------
Maklumat:
RM100k diperlukan akhir tahun ini untuk memulakan pembinaan surau.
pembinaan surau disasarkan selesai sebelum Ramadhan 1432H/ 2011, semoga kita dapat mula menggunakan surau tersebut pada Ramadhan akan datang. Ayuh!!
-----------------
Meriahnya Ramadhan di Al-Amin!!
Thursday, July 15, 2010
Still On Track?
Bismillah (kejar syurga!)
Pada 11 Julai 2010 lepas, ikhwah G5 sempat mengadakan pertemuan di Sekolah Islam Al-Amin Bangi. Kalau gen-gen lain sering menggunakan perkataan 'reunion' atau 'gathering', saya secara peribadi lebih suka menamakannya sebagai re-muhasabah. Tanpa berlebihan memuji, saya akui Saifullah Maslul sebagai pencetus berjaya menghidupkan mood muhasabah sepanjang pertemuan tersebut.
Kalau tak salah, pertemuan ini dirangka menerusi Facebook saja. Memang short-notice. Alhamdulillah, tak sedikit yang hadir. Dan hasilnya juga tidak kecil.
Kira-kira jam 10.30am, kami berkumpul dalam halaqah untuk taaruf. Masing-masing bercerita tentang diri. Ada yang ingin sambung belajar ke Manchester. Ada yang hampir tamat di USA. Ada yang sedang di puncak business. Tak kurang yang sudah bekerja.
Setelah itu, kami berjalan mengelilingi sekolah sambil menyingkap memori. Macam-macam cerita keluar. Tandas pun kami lawat.
Jam 11.30 am, kami menuju pusat boling Alamanda. Reti atau tak, main saja. Ahmad Muslim muncul juara.
Sebelum berpisah, kami sempat bertukar-tukar kad nama. Jutaan terima kasih buat KrafHATI yang menaja poskad Ramadhan dan sticker Palestin untuk semua peserta. Acara terakhir sebelum pulang ialah makan di food court.
Saya senang menghadiri pertemuan sebegini. Ringkas, tak perlu habis banyak duit. Pergaulan luar kawalan antara ikhwah-akhawat juga tak berlaku. Daripada itu, saya cadangkan kepada mana-mana gen yang mengadakan reunion supaya menjalankannya secara berasingan. Ikhwah satu majlis dan akhawat satu majlis.
Setelah lebih lima tahun berpisah, Gen 5 kembali bertemu atas dasar muhasabah. Merenung asal usul itu membolehkan kita melihat samada kita on track atau tidak. Pelajar Al-Amin boleh pergi ke mana saja yang dia mahu, tapi dia harus memastikan imej muslimnya yang sejahtera dan identitinya selaku Alaminian terpelihara. Lebih membanggakan jika dia yang dulu hingusan di Al-Amin, kini menjadi duat penyebar risalah di tengah-tengah masyarakat.
Saya mengajak seluruh warga FASA merenung falsafah. Bukankah falsafah pendidikan kita bersifat 'whole-life learning'? Maka once you're Al-Aminians, you're always Al-Aminians!
written by,
BILAL BIN JAILANI (G5)
(Credit to Hafeez dan Husni untuk gambar)
Ambil tempat masing-masing macam dulu (ye ke?)
Kena denda!
Belajar di 4 Al-Mujahadah
"Dulu aku makan nasi lemak kat situ..."
Good luck, Gen 5! Jumpa dalam rabithoh. ^_^
Thursday, June 10, 2010
Kisah Saya dan Telefon Bimbit
Bismillah (Nukhlis niyyatana…)
Setelah lebih tiga minggu berada di tanah air, saya mula tak senang duduk apabila mengenangkan negeri studi saya, Mesir. Negeri yang disebut empat kali dalam Al-Quran itu cukup signifikan dengan perjalanan tarbiyah saya. Banyak episod tarbawi yang saya lalui. Salah satu yang boleh saya kongsikan adalah mengenai telefon bimbit.
Kembara tahun pertama saya di Universiti Al-Azhar cawangan Kaherah ditemani sebuah handset nipis Motorola L6. Saya beli secara second-hand dari adik saya. Murah saja, RM100. Adik saya beli pada awal 2007. Saya menggunakannya tanpa sebarang masalah.
Pada akhir musim sejuk 2009 (Mac 09), handset nipis itu mula meragam. Kadang-kadang ia ‘mati’ sendiri. Pada ketika tertentu, lambat responnya pada arahan saya. Ada teman yang mengusulkan agar diganti saja. Namun, saya kurang ambil berat tentang hal-hal begini. “Aku bukannya banyak duit. Lebih baik aku fokus studi”.
Satu hari pada Jun 2009, saya dijadualkan untuk menghadiri MABIT (iftar dan qiam jamaie) yang bermula jam 5.00 petang. Malangnya, saya benar-benar terlupa. Jadi saya buat kerja sendiri di rumah. Tiba-tiba, teman serumah bertanya, “Bilal, tak pergi MABIT ke? Dah lambat ni!”.
“MABIT? Alamak, lupalah! Pukul 5 kan?”, balas saya. Ketika itu jam menunjukkan pukul 6.00 pm.
Saya terus kemas baju, sikat rambut dan segera ke tempat MABIT. Dalam perjalanan, saya tertanya-tanya; “kenapa tak ada orang call untuk ingatkan aku? Ingat aku suka datang lambat ke?”. Bila dilihat pada handset, saya jadi tahu. Rupanya handset saya meragam lagi; ia mati sendiri. “Ya Rabb..!”
Ketika saya sampai, semua orang tengok saya. Saya tahu saya lambat lebih sejam. Dalam masa yang sama, saya tahu mereka melihat saya dengan husnu dzon. Saya ambil tempat dan buat aktiviti yang sedang berjalan, iaitu tilawah fardi. Dalam pada itu, jiwa saya tak tenang kerana dihujani rasa bersalah.
Tak sampai lima minit, seorang senior saya menghampiri dan bertanya,
“Assalamualaikum Bilal, apa khabar? Kenapa lambat?”
“Waalaikumussalam. Sihat. Maaf ya, ana lambat sebab terlupa”, balas saya.
“Ana cuba call enta tadi, tapi tak dapat”, sambungnya.
"Handset ana mati sendiri. Dia memang kadang-kadang meragam macam ni”
“Dah sampai masa tukar agaknya. Belilah yang baru. Handset ni penting. Alat dakwah”, lembut tuturnya menasihati saya.
Kemudian dia menyambung, “Enta beli handset baru tu dapat pahala, sebab ia melajukan dakwah enta”.
Saya sedikit terpana bila mendengar kalamnya. Tak pernah saya sangka sebelum ini handset berperanan sejauh itu. Saya pasang tekad. Esoknya, saya terus ke Genena Mall. Petang itu, saya pulang ke rumah dengan kawan baru, Sony Ericsson K530i. LE800! (RM500).
Bagi saya, ia mahal. Tak patut saya beli semahal itu. Namun, mengenangkan kata-kata senior, saya nekad. “Tak apa, nanti aku puasalah!”
Demikian kisah saya dengan handset. Dunia tarbawi mengajak saya meneroka banyak perkara yang saya tak sangka. Hakikatnya, seluruh hidup ini adalah ibadah, hatta membeli handset pun; asal disertai niat yang sahih. Dari sekecil-kecil perkara hinggalah ke sebesar-besar perkara.
Contohnya, menyapu lantai rumah yang berhabuk boleh menjadi ibadah yang mulia jika disertakan tekad ‘memberi khidmat sebaik-baiknya kepada teman serumah’.
Nikah pula amat mulia andai disertai tekad mencari reda Allah, menjauhi larangan-Nya, membangun institusi keluarga contoh, membina generasi pelapis dakwah dan lain-lain. (You know better than me ^_^)
Mungkin itulah yang dimaksudkan dengan firman Allah SWT:
قل إن صلاتي ونسكي ومØياي ومماتي لله رب العالمين (الأنعام- 162)
Maksudnya:
“Katakanlah, ‘Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku adalah untuk Allah Tuhan sekalian alam’” (Surah Al-An’am- 162).
Sampai sini dulu bicara saya. Akhir kata, moga kita generasi Al-Amin terus berusaha ‘mengesani’ dan membangun ruh masyarakat.
Dengan semangat Nuh A.S kita melangkah,
dengan keberanian Ibrahim A.S kita berbicara,
dengan sabar Musa A.S dan Isa A.S kita dekati,
dengan manhaj Muhammad S.A.W kita serah segalanya.
(Oooh.., rindunya Mesir..)
BILAL BIN JAILANI (G5)
Monday, June 7, 2010
rindu ramadhan
ayuh hitung dan persiapkan diri kita!
ahli FASA kreatif menyuarakan bantahan
walimah walimah walimah ^_^
ahli FASA urusetia perkhemahan TKRS 6-8 jun 2010
anda bijak jauhi zina di al-amin
Hari Keluarga, Hari Guru & Hari Pekerja Al-Amin 2010
untuk senarai penerima anugerah sempena hari keluarga, hari guru & hari pekerja 2010, sila ke www.alaminbangi.edu.my
Wednesday, March 24, 2010
JOM JADI AJK HARI KELUARGA ^_^
pihak sekolah akan mengadakan Hari Keluarga untuk para guru sempena meraikan Sambutan Hari Guru 2010.
justeru, pihak sekolah menjemput ahli FASA untuk turut sama menjayakan Hari Keluarga ini sebagai AJK Aktiviti Hari Keluarga.
tarikh: 16 mei 2010
sesiapa yang berminat, mohon respon di bahagian komen. maklumat lanjut akan diberikan.
jazaakumullah
PELUANG BISNES SEMPENA HARI SUKAN 3/4/2010
dijemput kepada mana-mana ahli FASA, samada secara individu atau mengikut batch masing-masing, yang berminat untuk membuka gerai sempena Hari Sukan Sek Rendah Sri Al-Amin Bangi, pada 3/4/2010 di Padang Sekolah Sri Al-Amin Bangi.
bolehlah menghubungi Muallim Zulkifli
selamat berniaga ^_^
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE 19
KARNIVAL SUKAN 2010
Wednesday, March 3, 2010
Kenangan Walimah Cairo 15 Febuari 2010
Tahniah buat Saudara Isa bin Mohd Hasan yang melangsungkan walimah perkahwinannya di Masjid Salaam baru-baru ini. Kelihatan ahli FASA yang hadir; Bilal, Irfan, Ibrahim, Syamil, Muawwidz dan Muhamad. Tiada dalam gambar: Hanif, Ghazali, Abdul Musawwir dan Hasan Syahidi.
Dengan sekali lafaz, Saudara Isa membina rumah tangga dengan pasangannya, Saudari Raihana binti Zainal Abidin.
Moga pernikahan ini membawa seribu barokah dan harapan buat generasi umat mendatang. Barakallhu lakuma wa baraka alaikuma wa jama'a bainakuma fi kheir. ^_^
More pictures:
http://ukhwah4islam.blogspot.com/