Saturday, March 22, 2008

just for you ^_^

Assalamualaykum !!!!!!
Mari-mari semua, kakak, abang, adik, tua, muda...semua sekali!
Nak habaq, FASA la ni dah binakan untuk antum yahoogroup supaya lebih mudah mengetahui perkembangan semasa selain melalui blog yang cute miut ini.
apa lagi?! jom ramai2 berikan alamat email masing2 menerusi cbox blog ini atau mana2 ajk FASA supaya moderator kami boleh menjemput anda untuk bersama2 merasai kehangatan ukhuwah al-aminians di yahoogroup ini.
** Jazakumullahu khairan jaza' kepada akhi AO yang sangat komited! Appreciation Dinner nanti boleh dapat award la! ^_~ (hehe kalau wujudlah dinner tu)

Saturday, March 15, 2008

As-Siddiq vs Al-Faruq

Pada suatu hari, Nabi Muhammad SAW mengerjakan solat subuh bersama para sahabat. Sebaik sahaja selesai, baginda melihat ke arah mereka. Seperti biasa, baginda memeriksa dan memuhasabah keadaan iman para sahabat.

Nabi Muhammad SAW bertanya kepada mereka,

“Siapakah dalam kalangan antum yang berpuasa pada pagi hari ini?”

Mereka semua diam.
Umar Al-Khattab berkata, “Wahai Rasulullah, ana belum berniat puasa sejak malam tadi”.

Namun Abu Bakar berkata, “Pagi ini ana telah berpuasa”.

Kemudian Nabi SAW bertanya lagi,

“Siapakah dalam kalangan antum telah menziarahi orang sakit pada hari ini?”

Umar Al-Khattab, “Wahai Rasullullah, kami keluar dari rumah untuk mengerjakan solat. Bagaimana kami sempat menziarahi orang sakit?”.

Namun Abu Bakar berkata, “Ana wahai Rasulullah. Tadi ana keluar rumah menuju masjid dan ana tahu kelmarin, Abdul Rahman bin Auf ditimpa sakit. Maka ana arahkan jalan ana menuju ke masjid agar melalui jalan rumahnya. Ana tahu dia akan bangun mengerjakan solat subuh, maka ana menziarahinya. Kemudian baru ana pergi ke masjid untuk solat subuh”

Nabi bertanya lagi,

“Siapakah dalam kalngan antum yang telah bersedeqah pada hari ini?”

Umar Al-Khattab berkata, “Wahai Rasulullah, kami belum meninggalkan tempat solat kami. Bagaimana kami dapat bersedeqah kepada orang fakir?”

Namun Abu Bakar berkata, “Ana wahai Rasulullah. Ketika memasuki masjid, ana ternampak seorang fakir di dalam masjid. Ketika itu cucu ana membawa sebuku roti. Maka ana meminta roti itu dan memberikannya kepada fakir tadi”.

Lalu Nabi SAW bersabda, “Wahai Abu Bakar, ana memberi enta khabar gembira bahawa enta akan masuk syurga. Tidaklah amal-amal tadi terhimpun pada seseorang, kecuali dia mendapat khabar gembira akan masuk syurga”.

Umar Al-Khattab menghela nafas panjang dan berkata, “Wahai Abu Bakar, ana tidak dapat mendahului enta dalam sesuatu pun selama-lamanya”.
(Petikan dari Jejak Para Khalifah- karangan Amru Khalid)

Demikian apa yang terjadi kepada dua orang sahabat yang paling disayangi Nabi Muhammad SAW.

Ijlis Bina Nu’min Saah
Jelas bagi kita bahawa Nabi SAW melakukan “muttabaah amal fardi” bagi memastikan iman sahabatnya sentiasa dalam keadaan optimum. Seharusnya kita juga begitu. Mungkin waktu yang sesuai ialah selepas solat atau selepas riadhah atau lain-lain. Itulah intipati surah Al-Asr.

Konsep Riya’
Sebagai seorang guru, ana selalu dapati pelajar-pelajar kita agak malu dan segan silu dalam menjawab pertanyaan guru. Contohnya, guru bertanya, “Siapa nak jawab soalan muallim di papan putih?”. “Entalah yang jawab. Ana tahu tapi malaslah!” dan “Ana tak mahu mencapub” adalah senario yang biasa. Bagi ana, inilah sikap orang Melayu yang kurang baik. Malu tidak bertempat.

Abu Bakar dengan berani menjawab pertanyaan Nabi SAW. Isu cari publisiti dan riya tidak timbul di sini. Sebenarnya perkara ini banyak bergantung kepada niat kita. Andaikata kita berniat mencapub, maka ia adalah mencapub di sisi Allah SWT. Andaikata kita berniat qudwah hasanah, maka ia adalah qudwah hasanah di sisi Allah SWT.

Ana pernah menumpang belajar di SMKA Maahad Hamidiah, Kajang selama seminggu. Ana ditempatkan di kelas pertama (paling top dalam tingkatan). Senarionya cukup berbeza. Apabila guru berkata, “Siapa yang ingin jawab?”, para pelajar berebut-rebut angkat tangan. Maka tidak hairanlah prestasi akademik mereka “antara terbaik Malaysia” saban tahun.

Ya, mengapa ingin malu seangkan ia perkara kebaikan?

Fudhail bin Iyadh berkata, “Barangsiapa yang tidak beramal kerana manusia, maka itulah riya”. –petikan dari buku Adab Usrah Ikhwan Muslimun. Sedarlah, syaitan sentiasa mencari ruang untuk menghalang kita berbuat baik.

Berlumba-lumba
Dalam perlawanan ini, Abu Bakar dilihat mengalahkan Umar dengan jaringan 3 gol tanpa balas. Di sini, ana bukanlah ingin membezakan sahabat mana yang paling baik kerana setiap sahabat itu ada kelebihan masing-masing.

Namun, ana mengetengahkan bahawa mereka saling berlumba dalam perkara kebaikan. Ada yang kalah dan ada yang menang. Hal ini memang dianjurkan oleh agama, dengan syarat si pemenang tidak merasa bangga dengan kemenangannya dan si kalah merasa insaf di sisiAllah SWT. Inilah keunikan Islam!

Semasa membaca kisah ini, ana teringat kepada ayat Al-Quran surah Al-Mutaffifin yang berbunyi, “Wa fi zalika falyatanafasil mutanafisun” –ayat 26. Maksudnya “maka berlumbalah orang-orang yang berlumba”.

Justeru, mari kita bersama contohi sikap generasi Al-Quran yang unggul ini, semoga kita juga mendapat gelaran “Radiallahu anhum Ajmain”. InsyaAllah!

Thursday, March 6, 2008

program seni sempena cuti sekolah

Sebuah lagi program anjuran Former Al-Amin Bangi Students’ Association.

PROGRAM SENI SEMPENA CUTI SEKOLAH
“Menghayati Kebesaran Allah SWT Disebalik Keindahan CiptaanNya”

Tarikh : 10 – 12 MAC 2008
Masa : 8.00 am – 12.00 pm setiap hari.

Tempat : Tadika Khalifah Bestari Desa Al-Amin
Yuran : RM 50.00 sahaja

O Untuk kanak-kanak berumur 5-7 tahun sahaja.
O Terhad kepada 20 penyertaan sahaja.
O Makan pagi (brunch) dan alatan disediakan.

O O O

: : : Untuk pendaftaran , khidmat fasilitator dan maklumat lanjut,
sila hubungi Marhamah Jailani +6013-301 4463
selewat-lewatnya 8 Mac 2008.


O O O

Thursday, February 21, 2008

HULURKAN TANGAN, RINGANKAN BEBAN

Assalamualaykum WBT!
Insya Allah, on 2nd, 5th and 6th of March akan ada sukan SIAAB. So, banyak tenaga diperlukan.
Bagi menepati Plan Strategik FASA, di bawah perkara NETWORKING, menjaga hubungan baik dengan sekolah, kita berazam menyumbangkan sekurang-kurangnya 10 orang untuk membantu program yang dianjurkan oleh pihak sekolah.
Barangsiapa yang berminat, sila hubungi Bilal Jailani : 019-647 7849.
Yang kedua, FASA melihat sukan ini sebagai wadah untuk menjana pendapatan bagi menampung perancangan-perancangan FASA sepanjang tahun. Jadi kami juga memerlukan tenaga untuk membantu di bahagian jualan. So, siapa2 yang business-minded, berminan untuk menjual, CEPAT! Hubungi Sarah Afiqah Kahirulanuar : 017-367 3861
Hulurkan Tangan, Ringankan Beban!
~maklumat tambahan~
2 Mac juga merupakan hari Peringatan Hebron Massacre. So, we are intending to open a booth to raise some fund for palestine. plan setakat ni nak buat 'colour-your-way-to-palestine' and nak wat cupcake palestine + cute flag atas dye (imagine how cute it will be ^_^). so, sesiapa yang berminat, kita nak bagi training on how to bake cupcakes + how to make frosting a.k.a cupcake decoration. apapun, still dalam perancang dan akan diberitahu masa ke masa. so do visit us oftenly to know our up dates. daa~

Sunday, February 3, 2008

Kisah Penjual Tempe (MESTI BACA)

Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Di situ ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe danmenjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi. Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah memang kesemuanya belum masak lagi. Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu.

Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman ALLAH yang menyatakan bahawa ALLAH dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagi ALLAH tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa , “ALLAH , aku memohon kepada-Mu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin” Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa ALLAH pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.

Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh ALLAH. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. “ALLAH, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagi-Mu. Bantulah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin”.

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yang sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada ALLAH dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak. Dia berfikir mungkin keajaiban ALLAH akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar.

Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. “ALLAH, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin”. Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya. Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada. Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!!

Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada ALLAH kerana doanya tidak dikabulkan. Dia berasakan ALLAH tidak adil. ALLAH tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe. Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawatiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang.

Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada ALLAH, pasti ALLAH akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, “ALLAH, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini.” Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita.

“Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi.” Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya “ALLAH, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin”.

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada ALLAH. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu.Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, “Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?”

Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringinmakan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.

Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh ALLAH…
**************************************************************
Moral:Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada ALLAH sewaktu berdoa, padahal sebenarnya ALLAH lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apayang terbaik untuk diri kita.

Kedua: Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagaihamba-Nya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa ALLAH akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancangan-Nya yang mungkin di luar jangkaan kita.

Ketiga : Tiada yang mustahil bagi ALLAH…

wallahu’alam…