Saturday, December 6, 2008

MAWADDAH DAY KEMBALI LAGI!!

Assalamualaikum WBT
Sukacitanya dijemput
SEMUA AHLI FASA

ke
MAWADDAH DAY 2008 (Gathering/ Reunion)
Pada 20 Disember 2008
8.30 pagi hingga 12 tengahari
bertempat di Sekolah Sri Al-Amin Bangi
Konsep: Family Day & Pot Luck (akan dimaklumkan oleh JK Food&Beverages)
Warna Tema: Hijau Epal
Yuran: RM5 sahaja/ orang
Pakaian: pakaian sukan

HIGHLIGHTS: semaian ukhuwwah-aerobic-telematch-makan2-hadiah yang best

**Sila sahkan kehadiran selewat-lewatnya pada 16 Disember 2008 kepada Mudzakkir 013 948 9329 atau Lina 019 6414176
Ada 4 hari lagi untuk mendaftar!!!
**Jemputan juga ditujukan buat suami/ isteri dan anak-anak alumni. Sila sahkan juga kehadiran mereka.

Tugasan Menu Pot-Luck mengikut batch:

MENU UTK SETIAP BATCH

BATCH

MENU

1

Buah-buahan (tembikai & oren) utk 80 org

2

Bebola & samosa (utk 30 org)

3

Donut (utk 30 org)

4

Nugget & Hotdog (utk 30 org)

5

Karipap & popia (utk 30 org)

6

Dadih & pudding (utk 30 org)

7

Sandwich sardine (utk 40 org)

8

Sandwich tuna (utk 40 org)


untuk batch senior (atas daripada batch 1, boleh bawa apa2
^_^)


Friday, December 5, 2008

Walimah Kak Muslihah & Faisal

Pada 22/11 yg lepas, Kak Muslihah atau lebih dikenali dikalangan warga Al-Amin sebagai Kak Mus telah melangsungkan walimahnya di Dewan Banquet, UPM.

Berikut disertakan gambar utk makluman ahli FASA.

Barakallahu lakuma wa baraka 'alaikuma wa jama'a bainakuma filkhayr


Thursday, December 4, 2008

Album Nasyid Baru


PELANCARAN ALBUM ALGEBRA: YANG BENAR TETAP BENAR
Bertempat di: Kompleks PKNS Shah Alam
Tarikh: 25hb November 2008 (SELASA) 27 Zulkaedah 1429H

Siapa Algebra? Algebra adalah gabungan 5 anak muda iaitu Ahnaf Jamal (19- vokalis utama/gitar), Nur Mohd Alieff Ayub (20- vokalis kedua/drummer), Raja Mohd Farhan Raja Shaifulzaman (21-keyboardist), Ahmad Syauqi Ahmad Shabir(19-lead guitar) dan Mohd Hafiedz Samsuri (24-percussionist/drummer) yang merupakan mahasiswa-mahasiswa institusi pengajian tinggi tempatan. Algebra ditubuhkan pada awal tahun 2008 dan aktif membuat persembahan dengan menyampaikan lagu-lagu yang bersumberkan hadis. Algebra yang dipimpin oleh Xifu Naser juga merupakan artis pertama bernaung di bawah Nasyeed Edutainment Publishing Sdn Bhd yang lebih dikenali dengan jenama Nasyeed.Com. Band Nasyid Pertama.

Walaupun kumpulan-kumpulan nasyid sedia ada di Malaysia berbentuk “vocal group”, namun Algebra membawa kelainan dalam industri nasyid tanah air apabila muncul sebagai kumpulan nasyid pertama yang tampil dalam bentuk “band”. Ini merupakan satu langkah yang berani di sebalik masih terdapat segelintir pihak yang masih berpendapat bahawa penggunaan alat muzik bertali dan tiupan adalah tidak islamik. Yang Benar Tetap Benar.

Album Yang Benar Tetap Benar ini mengandungi 10 track merangkumi 8 buah lagu dan dua bacaan puisi. Antara lagu yang dijangka hit ialah
1. Aku Rela ciptaan Xifu Naser dan lirik Dr. MAZA (SS Dr. Mohd Asri Zainul Abidin) nyanyian Algebra,
2. Islam Di China ( Xifu Naser/ Dr.MAZA / Dakmie & Algebra),
3. Aku Bukan Musuh Harta ( Xifu Naser/ Dr.MAZA / Kopratasa & Algebra) dan
4. Derita Hati Seorang Bonda ( Xifu Naser/ Dr.MAZA / Aishah & Algebra).
Lagu-lagu lain adalah
1. Daerah Ini( Xifu Naser/ Dr.MAZA / Algebra),
2. Puisi Dunia ( Xifu Naser/ Dr.MAZA / Algebra),
3. Suara Tajdid Kami ( Xifu Naser/ Dr.MAZA / Algebra) dan
4. Yang Benar Tetap Benar ( Xifu Naser/ Dr.MAZA / Algebra).
Sementara itu 2 buah puisi yang dibacakan oleh SS Dr Mohd Asri Zainul Abidin berjudul Itulah Politik Namanya dan Salah Menduga menyempurnakan kandungan 10 track album ini.

Selain itu, album ini turut melibatkan nama-nama besar dalam industri muzik antaranya Dakmie selaku Penerbit, Eddie Marzuki, Adnan Abu Hasan, Zairi Ariffin, Ujang dan lain-lain. Album ini juga adalah terbitan dan edaran Nasyeed.Com. Puisi Mufti Perlis. Dalam album pertama ini Algebra telah diberi penghormatan untuk melagukan puisi-puisi yang dinukil oleh tokoh agama terkenal iaitu SS Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang juga merupakan Mufti Kerajaan Negeri Perlis.

Selain daripada 8 lagu yang dimuatkan dalam album ini diadaptasi daripada puisi karya beliau, Dr Mohd Asri sendiri turut menyampaikan 2 buah puisi di dalam album ini. Dr Mohd Asri merupakan seorang tokoh yang agak vokal dalam menangani isu-isu semasa dan beliau pernah menggemparkan dunia hiburan tanah air apabila tidak membenarkan beberapa artis tertentu tampil membuat persembahan di negeri Perlis dalam satu program anjuran sebuah stesen TV tempatan. Tindakan tersebut telah mendapat reaksi daripada pelbagai pihak. Pada ketika kebanyakan tokoh-tokoh agama tanah air agak menjauhkan diri daripada dunia muzik, Dr Asri mengambil langkah sebaliknya apabila melibatkan diri dalam pembikinan album Algebra: Yang Benar Tetap Benar ini.

Penampilan Aishah, Kopratasa dan Dakmie (ex vokalis barongan). Penampilan nama-nama besar dalam industri muzik tanah air seperti Aishah, Kopratasa dan Dakmie (ex vokalis barongan) telah menyerlahkan lagi keistimewaan album ini. Aishah dan Kopratasa terutamanya telah lama tidak tampil dengan album atau lagu baru. Kolaborasi mereka dengan Algebra melalui lagu Derita Hati Seorang Bonda dan Aku Bukan Musuh Harta diharap sedikit sebanyak mengubat kerinduan para peminat. Sementara itu Dakmie yang juga bertindak selaku penerbit merupakan nama yang tidak asing lagi dalam industri nasyid. Malah pada tahun ini beliau telah memenangi anugerah AIM 2008 bagi kategori Album Nasyid Terbaik bersama kumpulan Rabbani selain terlibat dalam pembikinan soundtrack untuk filem I’m Not Single dan Selamat Pagi Cinta.

(sekian dilaporkan. Jom pakat2 try dengar! :D)

Aboutreika: Atlet Kebanggaan Umat !!

Mohamed Aboutreika adalah nama yang tidak asing di dunia Arab, terutama dikalangan peminat bolasepak Arab. Beliau mungkin tidak terkenal dikalangan rakyat awam Malaysia yang lebih cenderung mengikuti perkembangan bolasepak Eropah. Tapi pada mata sebenar, beliau merupakan seorang tokoh ahli sukan yang harus dibanggakan dan dihayati kisahnya.

Aboutreika merupakan seorang pemain bolasepak kebangsaan Mesir. Melalui sepakan beliau, sudah dua kali Allah mengurniakan kemenangan kepada pasukan Mesir dalam Kejohanan piala negara-negara Africa (African Cup of Nations, ACN). Bahkan pada awal 2008 beliau telah diundi melalui International Federation of Football History & Statistics (IFFHS) sebagai pemain bola sepak paling popular di dunia.

Pada Januari 2008 lalu, sewaktu ACN di Ghana, dalam satu perlawanan kumpulan Mesir menentang Sudan, beliau telah menimbulkan kekecohan dalam dunia bolasepak dan Confederation of African Football (CAF) dengan satu adegan kontroversi, tapi sangat bermakna pada umat Islam.

Beliau yang menyarung jersey nombor 22 menjaringkan gol pertamanya dalam ACN lalu menyingkap jerseynya yang mendedahkan t-shirt yang dipakai di dalam dengan tulisan "تعاطفا مع غزة Sympathize With Gaza". Tindakan ini diambil dalam usaha membangkitkan kesedaran masyarakat terhadap Gaza yang ketika itu baru sahaja ditutup sempadannya dari semua arah dan disekat semua bekalan kemanusiaan oleh penjajah zionist Israel. Bahkan, penduduk Gaza dengan desperate terpaksa memecahkan benteng Rafah untuk tembus ke Mesir untuk mendapatkan bekalan.

Peristiwa di Stadium Ohene Djan, Accra, Ghana itu mengundang perhatian dunia. Pengadil menghukum Aboutreika dengan kad kuning. CAF memberi amaran kepadanya. Dunia bercampur-campur perasaan mengenainya. Reaksi dunia yang sebahagian besarnya mengecam tindakan Aboutreika ini cukup bertentangan. Sedangkan pada World Cup 2006 yang lalu, seorang pemain Ghana secara terbuka mengibarkan bendera Israel selepas menjaringkan gol, namun tidak dikenakan sebarang tindakan. Dia hanya perlu meminta maaf kerana mengusik isu sensitif kepada bangsa Arab.

Aboutreika pula menerima pelbagai tohmahan dan amaran kerana dikatakan membawa mesej berunsur politik. Namun, Aboutreika terpaksa menjelaskan mesejnya lebih berupa humanitarian. Walaubagaimanapun, umat Islam tetap menjulangnya tinggi kerana berani menyuarakan perasaan umum umat Islam, berani menanggung risiko untuk saudara-saudarinya di Gaza, berani berseorangan menegakkan kebenaran.

Di Gaza, satu pertandingan bolasepak yang dianjurkan telah diberi nama Piala Aboutreika bagi menghargai tokoh tersebut yang peka dan memperjuangkan isu mereka (rakyat Gaza) dan sanggup menghadapi kesusahan yang boleh menggugat kariernya.

Selain peristiwa "Sympathize with Gaza", Aboutreika juga pada 2006 pernah menyingkapkan t-shirt dengan mesej "We Sacrifice Ourselves for You Prophet Muhammad" selepas menjaringkan gol pada ACN 2006. Mesej tersebut adalah respon berikutan lukisan karikatur zalim mengenai Nabi Muhammad S.A.W. yang diterbitkan media Denmark. Demikianlah Aboutreika sentiasa memainkan peranannya sebagai Muslim sejati dan bermaruah dalam memperjuangkan isu umat Islam.

Secara realitinya, keberanian yang dimiliki Aboutreika dalam menyuarakan kebenaran kepada dunia perlu diambil iktibar oleh para pendokong Islam.Aboutreika seorang yang terkenal kerana sentiasa akan bersujud syukur sebaik sahaja menjaringkan gol. Beliau juga dilaporkan sebagai seorang yang berakhlak mulia dan patuh kepada perintah agama. Disamping itu, beliau juga seorang yang bergiat aktif dalam kerja-kerja kemanusiaan, membasmi kemiskinan dan aktiviti-aktiviti social service yang lain.

Dari sini kita boleh mendapat gambaran kecenderungan, prinsip dan kekuatan beliau yang unik. Melalui trademark sujudnya dan qudwahnya ini juga, terbaru dari Islamonline.net pada 24 Nov 2008, beliau telah pun menarik ramai rakyat Congo memeluk Islam. "..merupakan pendakwah Islam", menurut Mufti Congo, Sheikh Abdullah Mingala Lwaba.Ahli-ahli sukan lain, terutama yang beragama Islam, seharusnya meneladani Aboutreika. Kerjaya sebagai seorang ahli sukan tidak patut memisahkannya dari tanggungjawab Islam. Kelebihan yang dimilikinya seharusnya ditujukan untuk keuntungan agama. Bahkan, kerjaya tersebut sepatutnya lebih mengeratkannya dengan Tuhan Pengatur segala keputusan, lalu dia mematuhi segala anjuran dan perbatasan yang telah ditetapkan Allah. Ini adalah satu saranan khusus buat atlet-atlet Muslim.

Kemenangan Mesir dalam Piala negara-negara Afrika awal 2008 lalu yang menang 1-0 ke atas Cameroon dalam perlawanan final. Biar melalui kejohanan dengan penuh kontroversi, namun gol tunggal kemenangan Mesir itu dijaringkan oleh, tidak lain tidak bukan, Mohamed Aboutreika! Tahniah di atas kejayaan yang berliku jalannya!

Kenapa saya suka sangat peristiwa "Sympathize with Gaza"? Kerana ia satu mesej dari seorang insan kerdil tapi berjiwa besar yang mencabar Israel, "perencana" perjalanan dunia hari ini. Ia satu mesej yang mengajak dunia peka dan mempersoalkan "kuasa" yang kebanyakan negara tunduk kepadanya. Aksi Aboutreika yang menyeru agar dunia peka terhadap Gaza merupakan peristiwa yang akan sentiasa terpahat dalam sejarah, walaupun ada pihak yang cuba memadamkannya.

Carilah di Youtube atau apa2 web video, sukar untuk anda menemui video kejadian tersebut. Namun, ada video atau tidak, ada gambar atau tidak.. Pada bangsa Arab, Mohamed Aboutreika adalah wira. Pada gerakan Islam, beliau memberi inspirasi. Pada umat Islam, beliau merupakan tokoh. Pada rakyat Palestin, beliau adalah pejuang.Semoga Allah SWT memberkati dan menerima amalan beliau dan mengurniakan kesudahan yang baik buatnya.

baca juga: Related Links: Aboutreika Inspires Congolese to Islam

Wednesday, November 26, 2008

program pasca UPSR 08

alhamdulillah pada 14nov08 yang lalu, telah disempurnakan prog pasca UPSR anjuran FASA dengan berlangsungnya penyampaian hadiah kepada adik2 tahun 6 yang menyertai program ini. para peserta juga mendapat sijil penyertaan yang tertera semua komponen program kemahiran ini.

disertakan gambar2 program pasca UPSR 08; kombinasi FOOTBALL+NETBALL+ART AND CRAFT.

jazaakumullah kepada semua yang menjayakan dan mendoakan. langkah pertama yang baik, semoga ada penerusannya di masa hadapan. enjoy the pics~






folded layer pictures


stone painting

bug eyed bugs
(sesiapa yg berminat nak beli, boleh hubungi JK Dana FASA @ Kak Marhamah)

Sunday, November 23, 2008

Keluar Dari Runtuhan

Akhirnya.
Dunia dan umat manusia sudah mula mencicip-cicip rasa risau dan seriau. Kesan pilihan manusia sendiri. Pilihan untuk tentukan sistem hidup sendiri. Wahyu dan petunjuk nabi tolak tepi bawa ke belakang.

Di mana-mana, artikel, ulasan, analisis, kritik semua hampir serupa. Semua menyatakan ini:

World Economy Failure

Dan hampir tiada seorang pun yang mampu menafikan sumbangan besar Amerika dan ideologi Kapitalisme terhadap peristiwa besar ini.


Kapitalisme merupakan sistem ekonomi dan sosial yang cenderung ke arah pengumpulan kekayaan oleh individu tanpa gangguan kerajaan dan berasaskan keuntungan. Takrif individu di sini juga boleh merujuk kepada sekumpulan individu seperti syarikat. Sistem ekonomi kapitalis oleh itu berdasarkan kuasa pasaran dalam menentukan pengeluaran, kos, menetap harga barang dan perkhidmatan, pelaburan dan pendapatan.

Pengkritik sistem kapitalis selalu berhujah bahawa sistem ini mewujudkan jurang perbezaan yang ketara antara yang kaya dengan yang miskin. Sistem yang bertentangan dengan ideologi ini ialah komunisme dan sosialisme. Kapitalisme berasal dari perkataan kapital (bahasa Inggeris: capital) yang bermaksud "modal". Kalau sebelum ini seluruh umat manusia jadi derita dan menyesali sistem Sosialisme dan Komunisme, kini masanya pula dunia belajar daripada padah yang dibawa Kapitalisme. Mungkinkah manusia belajar dari dua kesilapan ini?

Belum tentu.(Kita pun tahu ada ideologi batil lebih besar di sebalik ini semua,kan?)

Dan kita semua tahu ada jawapan bagi segala kemelut ini dalam sistem Islam.
Manusia tidak akan belajar selagi umat Islam belum menjadi 'ustaz' kepada dunia ini.
Dan umat Islam tidak akan mampu melakukan itu selagi beberapa kalangan yang sedar dan faham hakikat ini hari ini, menunjukkan jalan dan meledakkan potensi umat. Agar umat ini kembali bangkit. Jadi 'ustaz' kepada dunia ini.

Saya perlu yakin dengan masa depan Islam. Saya perlu yakin saya punya peranan yang tidak kalah besarnya dalam usaha ini.

" Ya Allah, bantulah kami atas golongan Kafirin ".

Emosi saya bercampur-baur. Allahu akbar.


Dipetik dari: brat-mikrajovic.blogspot.com

"Terima kasih syeh!"

Wednesday, November 19, 2008

Walimatul Urus

Assalamualaikum WBT.

Fuad Abbas, Salamiah Din

& sekeluarga dengan berbesar hati menjemput anda semua ke walimatul urus kami
sempena perkahwinan

Muslihah bt. Fuad
&
Mohd. Faisal b. Musa

pada 22/11/08 (sabtu) bertempat di Dewan
Banquet UPM, Serdang.


Friday, November 14, 2008

Ringkasan keputusan UPSR 2008 Al-Amin Bangi

Assalamualaikum,

Dimaklumkan kepada ahli,

23 daripada 89 adik2 tahun 6 mendapat 5A

Semoga kecemerlangan akademik yg diperolehi turut diiringi kecemerlangan sahsiah dan iman kepada Allah.

Wassalam