Monday, November 22, 2010

walimah

baarakallahu lakuma wa baaraka alaykuma wa jama'a baynakuma fi khayr kpada ahli FASA yang baru/akan walimah

1-muhammad shafiE md nor (upsr 1995) & nur hanisah razali
2-muawwidz al-ansory (batch 3)
3-yusra (batch 5)
4-syaima' shahnor (batch 3)
5-Nurul Ain Zafirah Khamaruddin (Batch 3) & Mukhlis Abdul Fattah (Batch 1) pada 28/11/2010 di Dwn Sarjana, UNITEN, dan pada 5/12/2010 di UPM
6-salwa mustafa din (batch 3) & mohamad taqiuddin anuar pada 18/12/2010 di Taman Warisan Prtanian Putrajaya
7-Izzudin Khairulannuar (batch 3) & Maymunah 'Abdul Hashim pada 26/12/2010 di Masjid UNITEN

Sunday, November 14, 2010

alhamdulillah jumble sale berjaya mengutip RM600++

alhamdulillah thummalhamdulillah wallahuakbar

jazaakumullah kepada ahli2 FASA yang turun padang dan yang mendoakan

dengan kerjasama dan sokongan warga Al-Amin (kakitangan, ibu bapa, ahli lembaga, para pelajar, guru-guru, dan lain-lain), aktiviti JUMBLE SALE semalam berjaya mengutip RM480, belum termasuk RM100++ untuk barangan yang belum dibayar (akan dibayar minggu hadapan).

5 batch (batch 5,6,7,8 dan 9) telah diwakili dan insyaAllah kesemua kutipan akan diserahkan segera kepada Tabung Musolla dan dicatatkan sebagai sumbangan daripada 5 batch FASA yang menghantar wakil.

insyaAllah kita akan menganjurkan lagi aktiviti-aktiviti bagi membuka ruang ahli2 FASA untuk turut menyumbang bagi pembinaan musolla.

setakat ini kira-kira RM150k telah dikumpul. masih memerlukan kira-kira RM350k. Majlis penyerahan kepada kontraktor akan dibuat pada 16/11/2010 ini, bersamaan dengan Hari Takrim Sekolah Rendah. Ayuh kita doakan dan usahakan kutipan mencapai sasaran dan musolla dapat digunakan selewat-lewatnya mulai Ramadhan 1432H.

laporan oleh penyelaras aktiviti JUMBLE SALE; Maryam Jailani (class of 95)

Tuesday, November 2, 2010

JUMBLE SALE UNTUK DANA MUSOLLA

JUMBLE SALE
untuk menjana dana pembangunan musolla Sekolah Sri Al-Amin Bangi

pada 13 November 2010
sempena Hari Laporan Prestasi Pelajar
INGIN MENYUMBANG BARANGAN UNTUK DIJUAL?
pengumpulan barangan yang akan dijual akan bermula pada 2/11/2010 hingga 11/11/2010. semua piak dialu-alukan untuk menyumbang barangan yang bersesuaian untuk dijual.
ketika sumbangan barangan diserahkan, AJK bertugas hanya akan menerima barangan yang berada dalam keadaan yang sesuai untuk dijual.
Sumbangan barangan boleh diserahkan ke Pusat Pengumpulan di Sek. Sri Al-Amin Bangi. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Puan Noradila 03-8925 2454.
JOM MENYUMBANG UNTUK JUMBLE SALE
JOM KE JUMBLE SALE
JOM MEMBELI SAMBIL MENYUMBANG DI JUMBLE SALE ^_^
ANJURAN:
Sekolah Sri Al-Amin Bangi
FASA
PIBG
-----------------
FASA sedang mencari sukarelawan untuk membantu:
sesi final sorting barangan pada 12/11/2010 di sekolah,
sukarelawan untuk set-up gerai dan menjaga gerai jumble sale pada 13/11/2010.
kepada ahli yang berminat dan berkelapangan, sila hubungi maryam jailani 016 232 7902.
jazaakumullahu khayran katheera~

Friday, September 17, 2010

FASA menang bergaya 4-3 di UKM



Bismillah.

RED WORRIORS: FASA dibarisi pemain berpengalaman.
Belakang (dari kiri): Nu'man, Basheer, Firdaus, Syamil, Bilal, Ahmad.

Depan (dari kiri): Muhibbuddin, Anas, Afif, Muhaimin



UKM, 16 Sept – FASA Gen 5 telah menganjurkan perlawanan persahabatan bola sepak antara ahli FASA gen 5,6 dan 7 dengan adik-adik Al-Amin dari Gen 11. Perlawanan yang agak bertali arus itu berakhir dengan keputusan FASA menang 4-3.

Dengan tajaan minuman daripada FASA, program bermula seawal 9.00 pagi. Afif Idris mengetuai sesi regangan dan warm-up. Kira-kira jam 9.15 pagi, perlawanan dimulakan selepas sesi fotografi pasukan.

Tirai jaringan dibuka oleh Gen 11 apabila Abdullah Azzam merembat dari dalam kotak penalti menuju penjuru kiri gawang FASA. Syamil Azman sekadar mampu melayangkan badan mengejar bola.

Tersentak dengan jaringan itu, FASA mula bermain lebih baik. Usaha mereka membuahkan hasil apabila hantaran lintang tinggi Anas Zainal dari bahagian kiri menerjah gawang tanpa disangka.

Tidak cukup dengan itu, Afif Idris yang pernah mengetuai pasukan sekolah 4 tahun lepas menyepak mudah ke dalam gawang selepas percubaan leret Ahmad Ibrahim terkena tiang kanan dan melantun. Kedudukan kini 2-1.

Pada separuh masa kedua, sekali lagi Gen 11 ternganga melihat rembatan Firdaus Radzi mengegar jaring. Tidak lama selepas itu, Firdaus terus menempa nama dengan menyumbat gol keempat FASA.

Gen 11 cuba bangkit di akhir permainan dengan menyerang bertubi-tubi. Seperti tidak sanggup kalah besar, mereka terus mencuba walaupun penat. Hasilnya, sentuhan Abdullah Azzam sekali lagi menemui jaring.

Masa semakin suntuk. Kira-kira 5 minit sebelum tamat permainan, Abdullah Husaini, pemain import Gen 11 mendapat peluang dan melakukan rembatan deras ke arah pintu gol. Penjaga gol FASA, Abdul Muhaimin cuba menempis, namun tak berdaya. Jaringan itu sedikit sebanyak menggembirakan Gen 11.

Keputusan tersebut kekal hingga tiupan wisel penamat. Setelah mendapatkan minuman, sesi cool down dijalankan, disusuli tazkirah ringakas dan kutipan derma untuk Tabung Pembinaan Surau Al-Amin. Kutipan program itu mencecah RM92.40.

Gen 5 mewakili FASA mengucapkan ‘jazakallahu khairan kathira’ kepada semua yang hadir dan mereka yang menyumbang. Gen 5 berharap program ringkas bersifat serampang 2 mata ini dapat dijalankan lagi di masa akan datang dengan skala yang lebih besar. Majulah sukan untuk kita!

Dilaporkan oleh: Bilal Jailani


Gambar sekitar aktiviti:
BERDISIPLIN: Afif Idris melakukan regangan paha.


TURUT HADIR: Dua beradik yang serasi; Muhaimin dan Muhibbuddin.


SENYUM: Safwan dan Habib merupakan ayam tambatan Gen 11.


SUMBANGAN: Terima kasih kepada FASA.


BINCANG: Team FASA mengatur strategi.


IBRAHIM: Big boss Gen 5.


KICK-OFF: Kelihatan bola sedikit lusuh. hehe ^_^


KERJA KERAS: Penjaga gol, Irfan berhempas pulas menjaga gawang.


SEPAKAN PENJURU: Kalau tak swing macam Beckham, swing macam Giggs!


MANTAP: Habib mempamer skil kawalan bola.



GEN 11: Terima kasih dan jumpa lagi, Dark Knights!
Belakang (dari kiri): Ibrahim, Irfan, Safwan, Amierul, Habib
Hadapan (dari kiri): Amir, Hamzah, Azzam, Asna, Hanafi




Monday, September 13, 2010

Walimah Walimah Walimah ^_^

Syaima' bt Shahnor (G3) & pasangannya pada 18 September 2010 (Sabtu) di Dewan GMI, Bangi.

Muhammad Abdul Rahim bin Kamarul Zaman (G2) & Alia bt Abdul Rashid pada 19 September 2010 (Ahad) di Dewan Masjid Salahuddin Al-Ayyubi, Jalan Taman Melati, Setapak, KL. 11am-4pm

----------------------------------------------------------------

Ceritafasa juga mengucapkan tahniah di atas pernikahan
1) Abdul Shahiid Shafruddin & Zunaizah Johari

serta

2) Abdul Salaam Shafruddin & Nur Jannah Roslan

yang telah dimasyhurkan pernikahan mereka pada sebuah majlis minum petang pada 8 Ogos 2010 (Ahad) di Dewan Utama Kompleks Kejiranan Presint 9, Putrajaya.

Monday, September 6, 2010

JOM INFAQ!! (rebutlah Ramadhan yang berbaki beberapa hari sahaja lagi)

INFAQ?
YUP!!
APATAH LAGI DI BULAN RAMADHAN!!
APA LAGI UNTUK PEMBINAAN SURAU!!
OOOUIH!
TAK TERBAYANG BETAPA GANDA-GANDANYA PAHALA!!
MUSLIM YANG BIJAK BERTINDAK STRATEGIK. KALAU ADA SATU TINDAKAN YANG MEMBUAHKAN HASIL BERGANDA-GANDA, KENAPA KITA TIDAK MEREBUTNYA??
JOM INFAQ!!

-------------------

Maklumat:

RM100k diperlukan akhir tahun ini untuk memulakan pembinaan surau.

pembinaan surau disasarkan selesai sebelum Ramadhan 1432H/ 2011, semoga kita dapat mula menggunakan surau tersebut pada Ramadhan akan datang. Ayuh!!

-----------------

Meriahnya Ramadhan di Al-Amin!!




Bismillah...

Salam 27 Ramadhan buat ahli keluarga FASA. sayunya Ramadhan dah nak pergi. T-T
alhamdulillah baru-baru ini Allah beri kesempatan untuk pulang ke Al-Amin. meriahnya Al-Amin menyambut Ramadhan!!

dengan buntings, flyers di sepanjang susur gajah, poster2 memperingatkan keutamaan Ramadhan, pertandingan2 berkaitan Ramadhan, gema tadarrus etc etc
alhamdulillah

jemputlah datang ke Al-Amin..oops..silap..jemputlah KEMBALI ke Al-Amin ^_^ once an al-aminian, always an al-aminian!

Walimah? Walimah!! Walimah ^_^