More info,call Abg Nash (0193850732)
Saturday, May 17, 2008
Friday, April 25, 2008
li'l book~hadiah untuk muallims/ahs

alhamdulillah~penghasilan li'l book of 50 suara hati (membongkar rahsia mengapa guru-guru Al-Amin begitu istimewa di hati kami) sudah sampai ke tahap 75% penghasilannya. kini sedang dalam fasa untuk memasukkan illustrasi.
walaupun li'l book ini akan dihadiahkan kepada semua muallim dan muallimah secara percuma, Biro Penerbitan juga membuka peluang kepada ahli-ahli FASA untuk turut sama membongkar rahsia ini ^_^ anda semua boleh dapatkannya dengan harga RM0.50 each. hubungi Biro Penerbitan segera!!
tag rasmi sukarelawan FASA

tadaa~alhamdulillah sekarang FASA telah mempunyai tag rasmi untuk para sukarelawannya. tag ini akan diberikan kepada ahli-ahli FASA yang datang membantu dalam program-programnya. selain mempromosi FASA, tag ini juga bertujuan untuk memudahkan ahli-ahli FASA mengenali antara 1 sama lain. almaklumlah FASA dah banyak batch, ramai juga yang masih belum kenal antara 1 sama lain
Eksplorasi Menara Ilmu 25-27/4/08
EMI akan berlangsung pada hujung minggu ini. Tahniah kepada 11 orang ahli FASA yang sanggup mengorbankan weekend mereka untuk hadir ke prog ini. Tahniah juga kepada ahli FASA yang hadir sebagai AJK
EMI dan Seminar Menara Gading (SMG-akan dianjurkan pada Jun 08 i'A) adalah program yang menggantikan program Career PAth yang diwar-warkan sebelum ini. Justeru, adalah diharapkan agar adik2 khususnya yang baru menamatkan pengajian di matriks, juga adik2 G7 lepasan SPM dapat memanfaatkan program ini dengan sebaiknya.
-----------------------
Eksplorasi Menara Ilmu 2008 (EMI '08)
Tarikh
25 hingga 27 April 2008/
18 hingga 20 Rabiulakhir 1429H (Jumaat hingga Ahad)
Tempat
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Hari Pertama)

dan Kem Sri Raudah, Gombak (Hari Kedua dan Ketiga)
Yuran
RM 40 sahaja!
Anjuran
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) dan
Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (Karisma)
Yuran
RM 40 sahaja!
Anjuran
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) dan
Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (Karisma)
Jualan Hari Sukan 20/4/08
20 Apr 2008
Jualan FASA sempena Hari Sukan alhamdulillah telah berjaya disempurnakan walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran pada peringkat awalnya.
Jualan FASA sempena Hari Sukan alhamdulillah telah berjaya disempurnakan walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran pada peringkat awalnya.
popcorn!~antara produk yang dijual di gerai FASA ^_^ nyum nyum!!
Hari Sukan yang lalu juga tampil lebil istimewa dengan kehadiran lebih ramai ahli FASA daripada pelbagai batch. Ada yang bertugas sebagai sukarelawan membantu khusus untuk acara sukan, ada yang bertugas di meja jualan FASA, ada yang membantu PIBG mengedarkan makanan percuma, ada yang membantu Biro Penerbitan membuat edaran percuma..tidak ketinggalan kepada akh Afif (G6) yang menjadi pengulas sukan yang begitu bersemangat!
Kelihatan juga adik2 G6 yang baru menamatkan pengajian matrik mereka. dan penghargaan juga untuk akh presiden yang datang menjenguk aktiviti FASA kali ini.
sesungguhnya kehadiran dan sumbangan ahli-ahli FASA dalam sukan kali ini begitu dirasai sehingga dinukilkan 1 perenggan khas dalam laporan moderator pibg siab net!
Jazaakumullahu khairan katheera!
Jazaakumullahu khairan katheera!
kelihatan akh presiden sedang beramah mesra dengan Muallim Fadhli yang telah memimpin Rumah Biru memenangi Anugerah Perbarisan Terbaik ^_^ bak lagu rumah biru~menyerlah jauh dari yang biasa!
Sesi Bersama Banat 18/4/08
18 apr 2008 menjadi hari yang paling sibuk bagi FASA setakat ini.
setelah Forum pada sebelah pagi, dan jualan sempena hari kantin sehingga lepas jumaat, ukht Marhamah Jailani telah dijemput pula untuk mengisi slot bersama adik2 form 2 sempena prog qiyam mereka.
setelah Forum pada sebelah pagi, dan jualan sempena hari kantin sehingga lepas jumaat, ukht Marhamah Jailani telah dijemput pula untuk mengisi slot bersama adik2 form 2 sempena prog qiyam mereka.
Jualan sempena Hari Kantin 18/4/08
sempena Hari Kantin Sek Men pada 18/4/08 yang lalu, alhamdulillah FASA telah diberi peluang untuk turut sama menjana dana.
jualan yang sungguh hebat alhamdulillah!! keuntungan juga di luar jangkaan, banyak stok yang licin menyebabkan JK Dana FASA terpaksa mendapatkan stok baru untuk jualan hari sukan 2 hari berikutnya.
jualan yang sungguh hebat alhamdulillah!! keuntungan juga di luar jangkaan, banyak stok yang licin menyebabkan JK Dana FASA terpaksa mendapatkan stok baru untuk jualan hari sukan 2 hari berikutnya.
bookmark FASA~buatan sendiri, unik! kerana setiap design berbeza. nak beli? hanya RM0.50 satu, dapatkan segera! hubungi JK Dana FASA ^_^
jazaakumullah kepada semua yang datang membantu. kelihatan ramai ahli FASA yang muncul alhamdulillah. terasa kemeriahannya!
Forum Maulidur Rasul 18/4/08
alhamdulillah pada 18/4/08 yang lalu, pihak MPP Sek Men Sri Al-Amin Bangi telah menjemput 3 orang ahli panel daripada FASA untuk berkongsi dengan adik2 dalam Forum Maulidur Rasul
jazaakumullah kepada akh Ibrahim Hassan, ukht Muslihah Fuad & Ukht Husna Zamani yang telah hadir mewakili FASA
-----------------
Sukaneka Sek. Ren Sri Al-Amin Bangi 15-16/4/08
beberapa ahli FASA diketuai oleh Akh Naib Presiden; Akh Syed Zulfauzi telah turun padang membantu melancarkan Sukaneka Sek Ren Sri Al-Amin Bangi dari 15/4 hingga 16/4
Tahniah kepada para sukarelawan, semoga Allah memberatkan mizan amal kalian dengan amal ikhlas ini.

Subscribe to:
Posts (Atom)