Monday, August 18, 2008

Walimah Amalina Hanisah (Batch 1)

Baarakallahu lakuma wabaaraka 'alaykuma wajama'a baynakuma fi khayr

Walimah 'Ammar Azhar & Wan Nor Anisah 220808

Assalamualaikum

Dengan ini dimaklumkan bahawa akhuna 'Ammar bin Azhar akan bernikah dengan Wan Nor Anisah (Graduate dari UPSI, Tg Malim) pada pagi 22 Ogos ini (jumaat) di Besut, Terengganu.

Berikut adalah pesanan 'Ammar untuk ahli FASA sekalian: " x buat walimah besar2an, cuma makan2 utk sedara mara shj. teringin nk buat kenduri utk sahabat2 lain tp xde kesempatan masa. tp sgt2 memohon doa drp sahabat2 lain moga dipermudahkan segalanya dan diberkati hingga ke akhir hayat insyaAllah."

Baarakallahu lakuma wabaaraka 'alaykuma wajama'a baynakuma fi khayr!

FASA

Sunday, July 6, 2008

Sarapan Bersama Warga Al-Amin Mesir

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum Wr. Wb.

Maha Suci Allah SWT yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Syukur dan pujian yang tidak terhingga dipanjatkan kepada Allah SWT yang dengan rahmat dan inayahnya warga Al-Amin Mesir telah diberi peluang untuk sarapan bersama. Ianya telah sempurna dilaksanakan pada 02 Julai 2008 di rumah usang saya di Hayyu Asyir, Kota Nasr, Kaherah.

Ucapan terima kasih ingin saya ucapkan kepada Akhi Abdul Rahim yang dalam kesibukkannya turut menyempatkan diri untuk hadir, begitu juga dengan Akhi Irfan Salmi dan Isa Hassan. Akhi Muawwiz kebetulan tidak dapat menghadiri kerana berada di Mansurah. Akhi Hassan Al-Banna tidak dapat saya hubungi. Tidak tahu samaada di masih berada di Iskandariah atau pun tidak.

Walaupun hanya sarapan dan sembang-sembang saja namun alhamdulillah, paling tidak dapatlah kembali mengimbas memori bersama ketika di Al-Amin.


Dari Kanan: Isa, Abdul Shahiid, Rahim, Irfan


by :
Abdul Shahiid Shafruddin,
Kota Nasr, Kaherah

Sunday, June 29, 2008

Reunion Batch 4 pada 29hb Jun 2008

Brothers dari kanan bawah: Naim S, Haziq, Syafiqudin, Syed Bahri, Abdullah Omar
Brothers tengah dari kanan: Salaam, Sufi, Izzat, Muhsin
Sisters tengah dari kanan: Ain, Husna, Azzat, Mutmainnah, Hafsah, Aqilah, Tasnim
Sisters belakang dari kanan: Raihan, Ummul, Aishah, Fatihah, Iffah, Yusra, Hanisah, Atikah, Nurul Iman

Bismillah.

Alhamdulillah pada 29hb Jun 2008, batch 4 Al-Amin Bangi atau ringkasnya G4 (Generation 4) dengan jayanya telah melaksanakan reunion di peringkat batch sendiri. Majlis yang diadakan di rumah saudari Atikah Abd Latiff telah bermula pada jam 10.30pg dengan makanan rohani daripada saudara Salaam, diikuti dengan ta'aruf, pembentangan tentang FASA dan penstrukturan semula organisasi G4.

Seterusnya saat yang dinantikan tiba apabila sesi menjamu selera diumumkan. Solat zohor berjama'ah menjadi tirai penutup bagi reunion G4 kali ke-4 ini. Masing-masing bersurai pada jam 2.30ptg.

Turut hadir memeriahkan majlis adalah Balqis, anak sulung pada saudari Aishah Hakim dan saudara Ghofur, suami pada saudari Iffah Mariyah Azhar.

Penganjur Reunion G4 mengucapkan jutaan terima kasih pada yang hadir memeriahkan majlis dan turut sama menyumbang dalam menjayakan reunion ini.

Friday, June 27, 2008

REUNION batch 4

Tarikh/Hari : 29 Jun 2008/ Ahad
Masa: 9.30 pagi hingga 1 tengahari
Tempat: Rumah Atikah Latiff ( Direction akan diberikan)
Bayaran: RM5 seorang (termasuk makanan)

Sila confirmkan kehadiran anda kepada Sufi 013-2566093 atau kepada Raihan 012-9270403, selewat-lewatnya Jumaat pagi. ( 27 Jun 08 )

**nampaknye Batch 6 dah reunion, batch 4 akan reunion tak lama lagi, batch 3 pun dengar2nya 21/6 ni...batch 1,2,5 dan 7 bagaimana?

Walimah Musfirah & syamil (21 & 22 Jun 2008)

untuk gambar majlis akad nikah, majlis walimah di bangi dan walimah di putrajaya, boleh tengok di http://geng1986.blogspot.com/2008/06/gambar2-raja-dan-permaisuri-sehari.html

sementara crew ceritaFASA upload gambar-gambar lain di sini.

p/s nantikan buletin ceritaKITA vol4 (Mei-Jun)..panas!! panas!!

Tuesday, June 17, 2008

Walimah Nur Suraiya Abu Hassan Shaari & Khairul Azahar Md. Mahadi,15 Jun 2008

Walimah Nur Suraiya Abu Hassan Shaari (batch UPSR 1994) & Khairul Azahar Md. Mahadi pada 15 Jun 2008 di Dewan Gemilang UKM (12-4pm)
Baarakallahu lakuma wabaaraka 'alaykuma wajama'a baynakuma fi khair




Thursday, June 12, 2008

Walimah Nurul Izzati Marzuki (batch UPSR 1995)

Baarakallahu lakuma wabaaraka 'alaykuma wajama'a baynakuma fi khayr

Walimah pihak perempuan telah diadakan pada 24 Mei 2008 di Taman Ramal Indah.