Friday, January 23, 2009
KURSUS ASAS BERDAKWAH KEPADA NON-MUSLIM
Thursday, January 22, 2009
KHAS UNTUK G8~TOPS!!
HANYA 8 TEMPAT!!
KHAS UNTUK ADIK-ADIK G8,
TOPS
Training of Palestine Speakers
7 Februari - Sabtu
9.00am-5.00pm
**DAFTAR SEGERA. selewat-lewatnya JUMAAT 22/1/09.
sms nama penuh, no. IC, contact number kepada Kak MaryamJ 016 232 7902
Wednesday, January 21, 2009
Jom Riadah Bersama FASA
.jpg)
>>Banin = FUTSAL
.jpg)
Sunday, January 18, 2009
Hakikat Gaza
17 Januari 2009 - Masuk hari ke-22 serangan Israel laknatullah ke atas Gaza.
(Dipetik daripada brat-mikrajovic.blogspot.com)
"Syukran akhi!"
Saturday, January 17, 2009
Saff Kepimpinan FASA 2009/2010
Doakan kami lebih bersemangat dalam usaha MENGUMPUL, MENYUSUN dan MEMBINA! ^_^
FASA : Amir untuk JK TPSM+JK Penerbitan & Da'wah akan di update setelah mereka menerima jawatan tersebut. Wallahua'lam~
Monday, December 29, 2008
i-fresh 2008!

Alhamdulillah pada 15-16hb Disember yang lalu, telah disempurnakan sebuah program khusus untuk lepasan SPM 2008 yang lebih dikenali dengan nama I-Fresh anjuran FASA. Program ini bertujuan untuk memperkenalkan FASA kepada adik-adik lepasan SPM 2008(G8), di samping bagi membantu mereka merangka organisasi Batch 8 itu sendiri. Selain itu, target utama program ini adalah untuk mencipta ukhuwah antara batch dan senior-junior serta memperkenalkan adik-adik secara ringkas tentang dunia IPT. Bertemakan suasana universiti, kira-kira 24 orang adik-adik turut serta menjayakan program ini dengan bantuan 15 orang senior merangkap fasilitator bagi program ini.




Program ini bermula di Al-amin Bangi sebelum peserta diangkut beramai-ramai ke Kem Laman Bestari, Ulu Yam. Antara highlight utama program adalah sesi ‘Sharing Moment’, yang bertemakan ‘Fasa di hati, mari bersama kami’ dan mendedahkan adik-adik tentang realiti sebenar dunia IPT dan cabaran kerjaya. Sesi ini diadakan dgn perkongsian pengalaman bersama 3 org panel jemputan iaitu Presiden FASA sendiri iaitu Abdullah Farouq, Timbalan Presiden FASA 1,Syed Zulfauzi dan Kak Muslihah Fuad.








Bersesuaian dengan mood selepas exam, program kali ini diadakan secara santai dan rehlah dengan bersuasanakan alam yg menghijau dan jauh dari hiruk-pikuk kota supaya adik-adik dapat melepaskan stress dengan aktiviti yg bermanfaat.



Kami dari FASA mengucapkan Jazaakumullah kepada semua peserta dan fasilitator yang turun padang untuk menjayakan program ini. Semoga segala usaha dan masa yang terluang bagi menjayakan program ini mendapat balasan di sisi-Nya, insyaAllah. Program ini hanyalah sebagai langkah pertama adik-adik G8 sebelum mereka terus bergiat bersama FASA, insyaAllah.
Thursday, December 25, 2008
mawaddah day~
Saturday, December 6, 2008
MAWADDAH DAY KEMBALI LAGI!!
ke
MAWADDAH DAY 2008 (Gathering/ Reunion)
Pada 20 Disember 2008
8.30 pagi hingga 12 tengahari
bertempat di Sekolah Sri Al-Amin Bangi
Konsep: Family Day & Pot Luck (akan dimaklumkan oleh JK Food&Beverages)
Warna Tema: Hijau Epal
Yuran: RM5 sahaja/ orang
HIGHLIGHTS: semaian ukhuwwah-aerobic-telematch-makan2-hadiah yang best
**Sila sahkan kehadiran selewat-lewatnya pada 16 Disember 2008 kepada Mudzakkir 013 948 9329 atau Lina 019 6414176
Ada 4 hari lagi untuk mendaftar!!!
**Jemputan juga ditujukan buat suami/ isteri dan anak-anak alumni. Sila sahkan juga kehadiran mereka.
MENU UTK SETIAP BATCH
| BATCH | MENU |
| 1 | Buah-buahan (tembikai & oren) utk 80 org |
| 2 | Bebola & samosa (utk 30 org) |
| 3 | Donut (utk 30 org) |
| 4 | Nugget & Hotdog (utk 30 org) |
| 5 | Karipap & popia (utk 30 org) |
| 6 | Dadih & pudding (utk 30 org) |
| 7 | Sandwich sardine (utk 40 org) |
| 8 | Sandwich tuna (utk 40 org) |
untuk batch senior (atas daripada batch 1, boleh bawa apa2 ^_^)


