Wednesday, December 19, 2007

Sejenak merenung FASA

Kalau nak dibandingkan dengan persatuan-persatuan alumni sekolah lain, tidak dinafikan FASA agak ketinggalan. Di kala mereka sudah mempunyai sumber dana yang mapan, kita masih lagi terkial-kial meminta tajaan pihak tertentu. Di kala mereka sudah banyak terlibat dengan pelbagai perancangan pembangunan sekolah mereka, kita masih lagi menghadapi masalah gagal menghadiri mesyuarat.

Apakah kita benar-benar memahami fungsi dan peranan alumni terhadap sekolahnya?

Pada pendapat saya, dengan memahami tujuan dan sejarah penubuhan sekolah tercinta; Sekolah Islam Al-Amin Bangi sudah cukup untuk menjawab persolan di atas. Untuk mengetahui serba-sedikit mengenai sejarah sekolah, anda boleh merujuk majalah sekolah Fitrah 1.

Dengan memahaminya, saya percaya rasa cinta kan lahir. Rasa cinta yang menyebabkan seorang lepasan pelajar itu sanggup bermati-matian berbakti kepada sekolahnya demi memastikan usaha orang-orang dahulu tidak terhenti begitu sahaja. ("Allahummah dina wahdi bina wahdiyannasa jamia wajaalna sababl limanih tada")

Bakti dan khidmat alumni tidak semestinya berlaku dalam keadaan formal sahaja, seperti program Iftar perdana, program sukan FASA dan jualan. Hakikatnya, bakti secara tidak formal itu lebih penting daripada bakti dan khidmat formal.

Contohnya, kita boleh 'keep in touch' dengan junior-junior kita di sekolah dengan selalu chatting dan beriadhah dengan mereka (futsal? hehe :D). Ketika bermuayasyah (bergaul) dengan mereka, cubalah menyampaikan dakwah kepada mereka. Peringatkan mereka tentang misi kita sebagai seorang pelajar sekolah Islam, kepentingan tarbiyah Islamiyah, tamiyuz (identiti teertentu sebagai pendukung Islam) dan berkongsi masalah. Bukankah tarbiyah dan dakwah ialah apa yang paling diharap-harapkan oleh warga Al-Amin, selain pencapaian akademik? Justeru, rebutlah peluang ini. Pada pandangan saya, inilah peranan paling besar seorang lepasan pelajar. Semua pihak bertanggung jawab terhadap perkembangan warga Al-Amin, bukan pihak pengurusan sekolah dan guru-guru sahaja.

Seharusnya kita sentiasa berazam untuk kembali menjejakkan kaki ke sekolah tercinta. Ramai guru veteran sedia berkongsi cerita dengan kita seperti Muallim Zulkifli Sulaiman, Muallim Saudi Jusoh, Muallimmah Salamiyah Salehuddin, Muallim Shazmi Idris, Muallimah Norain Hayun, Muallimah Faridah Md Noor dan Muallimah Rohida Jamaluddin (semoga mereka sentiasa di bawah lembayung rahmat, redha dan keampunan Allah swt).

Sekiranya anda sanggup, kembalilah ke Al-Amin dan berbaktilah secara rasmi di sana sebagai seorang guru atau kerani mahupun tukang kebun dan tukang cuci. Samada part-time atau full-time. Samada lama atau sebentar. Saya mendapati pihak sekolah amat berbesar hati apabila kita melakukan sedemikian. Status tidak penting. Yang penting ialah keikhlasan dan semangat kita. Hal ini hanya relevan sekiranya kita benar-benar serius dalam membawa FASA ke tempat yang sepatutnya. Antara yang sudah melakukannya ialah saudara Ibrahim Hasan, Marhamah dan Maryam Jailani (guru ganti) serta mereka-mereka lain yang saya tidak pasti namanya (Semoga khidmat anda memberatkan mizan kebaiakan di akhirat kelak).

Mari kita bersama serius dalam mengemudi FASA. Kembalilah wahai lepasan Al-Amin. Berada di luar negara bukan alasan melarikan diri dalam dunia serba canggih ini. Ke mana pulangnya sireh kalau tak ke gagang? InsyaAllah, KITA BOLEH!!!

Peringatan buat diriku dan dirimu,
Bilal bin Jailani
(bilal_jailani@yahoo.co.uk)

-maklum balas amat dialu-alukan-

1 comment:

Anonymous said...

Setuju sangat dengan apa yang dikatakan oleh Bilal.

Kita perlu memperjuangkan Islam, antaranya dengan memperjuangkan apa yang kita mampu perjuangkan..

Siapa yang memang tak ada kerja tu carilah kerja.. tolong-tolonglah sekolah kita tu apa yang patut..

Belajar untuk melakukan sesuatu untuk orang lain..