Monday, December 21, 2009

Rumaisya Sulha dilahirkan ke dunia


Alhamdulillah! Segala puji bagi Allah, seorang mujahidah kecil lagi comel telah selamat dilahirkan ke dunia.

Nama: Rumaisya Sulha binti 'Ammar
DOB: 10.12.2009
POB: Hospital An-Nur, Bandar Baru Bangi
Weight: 2.9kg

Rumaisya Sulha merupakan anak sulung kepada saudara 'Ammar Azhar (G2).


Semoga dengan lahirnya Rumaisya akan menjadikan rumah tangga Ammar dan zaujahnya bertambah bahagia dan ceria. Didoakan agar Rumaisya akan menjadi anak yg solehah insyaAllah.

Thursday, December 10, 2009

Innovate Smart




Innovate Smart dengan tagline "Approach, Brand & Communicate" adalah sebuah syarikat pemasaran dan pengiklanan dengan khidmat
1) Design & Cetak
2) Web & Multimedia serta
3) Event & Program .

Dengan mengadaptasikan konsep Corporate Branding & Corporate Identity kami manawarkan penyelesaian kepada syarikat dan organisasi untuk mempunyai imej & nilai pemasaran yang baik dan menyampaikannya melalui tools pengiklanan yang berkesan (spt flyers, brochure, newsletter, flash video, presentation, web & portal).

Justeru, Innovate Smart menawarkan keperluan bahan-bahan pemasaran dan pengiklanan bagi membantu syarikat anda mencapai prospektif pelanggan syarikat dengan menggunakan cara yang betul dan efektif.

Kami percaya bahawa program-program pemasaran dan aktiviti-aktiviti pengiklanan mempunyai kesan yang besar dan memberikan hasil yang terbaik apabila mereka merancang sasaran terlebih dahulu. Kami juga percaya bahawa tanpa pemasaran, sesebuah perniagaan itu tidak dapat mengecapi pasaran secara optimum.
____________________________________________
*menjadi salah satu kelebihan bagi ahli FASA adalah berpeluang mempromosikan perniagaan masing-masing dan berpeluang menyertai jaringan usahawan di klangan ahli FASA. kepada mana2 ahli yang berminat, boleh emel kepada nyemahmulyaa@gmail.com.

Monday, December 7, 2009

montaj Sambutan 20 tahun Al-Amin Bangi



video


jazaakallah kepada akhuna abdullah abbas (g4). sesungguhnya perjalanan ini sangat menyentuh hati. ingatilah tempat jatuh bangun kita. semoga ia memberikan kekuatan untuk kita meneruskan perjalanan ini


(boleh dapatkan di youtube. tajuk: Sejarah Sri Al-Amin Bangi)


pertama kali ditayangkan semasa Majlis Jamuan Amal Sumbangsih Sri Al-Amin Bangi 27 Jun 2009 di Dewan Sri Siantan, Kompleks Perbadanan Putrajaya.


Sunday, December 6, 2009

SEMINAR PENGURUSAN KEWANGAN DAN KEUSAHAWANAN

“SEMINAR PENGURUSAN

KEWANGAN DAN KEUSAHAWANAN”

(SPKK) 2009

13 Disember 2009 (Ahad)
8.00pg-5.00ptg
Dewan Utama, Masjid Wilayah
yuran PERCUMA (Makanan disediakan untuk 500 pendaftaran awal)


ANJURAN BERSAMA:

PERSATUAN BELIA ISLAM NASIONAL

(PEMBINA) KUALA LUMPUR

IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA (ISMA)

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)

MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (MAIWP)

ATURCARA:

Agenda Program

8.00 – 9.00 pagi Pendaftaran

8:45 – 9:15 pagi Ketibaan VIP

9:15 – 9.45 pagi Kata-kata aluan Pengerusi Majlis

Bacaan Doa

Al-Fadhil Muhammad Ihsan B. Abd Latif al-Hafiz

Tayangan Flash

Ucapan Pembukaan Majlis

Dr. Kamil Azmi B. Tohiran,

Presiden PEMBINA

9.45 – 10.30 pagi Pembentangan 1: Tips Pengurusan Kewangan

Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)

10.30 – 11.00 pagi Minum pagi

11.00 – 11.45 pagi Pembentangan 2: Penerangan Kursus Yang Ditawarkan Untuk Graduan

Permodalan Usahawan Nasional Berhad (PUNB)

11.45 pagi – 1.15 petang Pembentangan 3: Sebuah Perkongsian : Bagaimana untuk Berjaya di dalam Bidang Peniagaan?

En. Mohamad Fauzi B. Abd. Jalil

Pengerusi Eksekutif Iwani Group Of Companies

1.15 – 2.00 petang Solat Zohor/Makan tengahari

2.00 – 2.15 petang Induksi Hati

Ust. Annuar Salleh,

YDP ISMA DHL (Daerah Hulu Langat)

2.15 – 3.45 petang Forum : “Kewangan Terancang, Usahawan Cemerlang,

Islam Dijulang ”

Moderator En. Majid B. Jantan

Penalis 1 Hj. Abd. Rahman B. Mt Dali

Pengarah Urusan, Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah

Penalis 2 Hj. Ahmad Radzi B. Yahaya

Pengarah Urusan, Servco Resources Sdn Bhd

Penalis 3 En. Suhaimi B. Abas

Pengerusi, Otai Franchise Sdn Bhd

3.45 – 4.00 petang Majlis Perasmian Penutup

Dato' Wan Mohamad Bin Dato' Sheikh Abdul Aziz,

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

4.00 – 4.30 petang Minum petang dan bersurai.

Saturday, November 28, 2009

ahli FASA fasi perkhemahan KRS 2009


mabruk dan jazaakumullahu khairan katheera diucapkan kepada halim, munzir dan lukman atas khidmat dan sumbangan sebagai fasilitator mewakili seluruh keluarga FASA, di dalam perkhemahan tahunan KRSM Al-Amin baru2 ini.

semoga setiap sumbangan menjadi bekalan untuk memberatkan timbangan amal soleh kalian =)

penglibatan wakil FASA dalam program 3R

alhamdulillah ramadhan yang lalu, 4 wakil sisters FASA dan 3 wakil brothers FASA telah menyumbang bakti sebagai fasilitator dalam program 3R (Remaja Raikan Ramadhan). Program ini yang majoriti pesertanya adalah adik-adik Al-Amin dianjurkan secara bersama oleh Biro Remaja JIM DHL, Biro Pelapis JIM IPT DHL serta FASA (sisters wing).tahniah dan penghargaan diucapkan kepada husna khairulannuar, mumtazah alauddin, syafi'ah bakaruddin dan syafiqah abdul jalal. kesemuanya dari batch 4.

juga kepada halim dan rahimi; daripada batch 8. dan qayyim drpd batch 4.

semoga penglibatan ini memperkukuh tautan kita di samping mempererat ukhuwwah kita dengan adik2 di al-amin. semoga Allah mengganjari kalian dengan kebaikan yang berganda.

jemputan walimatul urus Mus'ab Sahrim (g4)


Mabruk to akh mus'ab and ukht aliyyah, semoga pernikahannya penuh barakah ^_^

untuk maklumat lanjut, sila ke http://walimah.musablog.com

once an al-aminian, always an al-aminian



"kenapa adik2 perlu rasa izzah menjadi seorang al-aminian?" saya bertanya kepada adik2 yang hadir ke program 2D 1N (2 days 1 night atau Dekat, Dapat, Nekad)

owh ya! sebelum tu, soalan pertama saya adalah: "cuba adik2 tulis apa perasaan adik2 terhadap al-amin..kalau tiada perasaan atau belum ada perasaan atau perasaan *** pon sila la tulis dengan jujur ya.." kemudian disusuli dengan soalan "bagaimana nak rasa bangga (baca: izzah) menjadi al-aminians?"

ahamdulillah selasa 24/11/09 yang lalu, saya dijemput untuk memberikan perkongsian bertajuk proud to be al-aminians kepada adik2 form 3 al-amin yang tahun depan akan menyertai barisan senior al-amin; yang akan membentu menyokong al-amin memacu bumi tarbiyyah al-amin yang unggul.

Program ini adalah inisiatif adik2 tingkatan 4 tahun ini, kemudian akan disusuli dengan nuqaba' training camp pada 8-10/12/09.

sebetulnya pada hari yang sama saya sudah ada komitmen untuk 2 program. 1 pada jam 9.30am hingga 12.30pm. seterusnya jam 1.30pm hingga 5pm. tapi, saya gagahi jua untuk ke program 2D 1N kerana keterikatan yang sangat kuat dengan al-amin. saya rasakan ini peluang yang tidak wajar disia-siakan. ada sesuatu yang harus saya kongsi dengan adik2 ini. jadi berkejar-kejar mengisi slot 8.30am hingga 9.15am. tak banyak yg dapat dikongsikan. semoga yg seceot itu ada manfaatnya~

agak2 apa ya jawapan yang saya terima untuk soalan pertama saya: apa perasaan adik2 terhadap al-amin?

-bangga

-belum ada perasaan

-sayang

-sayang+rindu= cinta al-amin

-bangga sangat

-rasa rindu, kerana tanpa Al-amin seperti iman menurun kerana tiada tarbiah

-*** (tak tergambar)

-belum ada lagi

-disebabkan dah lama dah mendapat tarbiyah drpd tahun 1, perasaan sayang telah timbul

-sayang dengan Al-Amin, so bangga dengan Al-Amin!! Bila cinta mesti bangga!!

-sayang!!!

-sayang =)

-belum ada PERASAAN

-belum ada perasaan

-rasa sayang ngan Al-Amin, tapi kini makin teguh kerana sekolah makin jatuh

-~sayaang sangaat...

-sayang dan bangga kerana saya dapat bimbingan yang cukup dan ciri muslim sejati

-sayang...

-xtau. proud jgk ar

-sayang

-sayang dan cintakan Al-Amin

-bangga dan sayang

-sayang

-x terfikir lagi..mungkin ada rasa sayang sikit

ini jawapan mereka. apa jawapan anda?

di akhir sesi, saya katakan: asas yang paling kuat memegang kami para alumni al-amin untuk terus teruja mahu tahu apakah khabar al-amin kini ialah ISLAM. ya! asas yang paling kuat adalah islam. kerana Allah.

kami alumni juga seperti adik2 semua. ada tanggungjawab yang tak kurang banyaknya. sebagai anak, isteri/ suami, menantu, cucu, ayah, ibu, kakak, abang, pekerja, bos etc etc. tapi itu semua tidak pernah melunturkan semangat kami untuk pedulikan Al-Amin ini.

sentiasa saja mahu tahu apakah perkembangan tarbiyyah kalian di Al-Amin, apakah usrahnya berjalan lancar? apakah yang boleh kami bantu lagi? apakah ada guru-guru baru atau perlukan bantuan kami? apakah ada event yang boleh kami hadiri? apakah apakah apakah dan banyak lagi persoalan..yang nyata..Al-Amin sangat dekat dengan jiwa kami. dan kami begitu faham, kalau bukan kerana kepentingan tarbiyyah, Al-Amin tidak akan diwujudkan.

semuanya kerana Islam mengajar kami bahawa hidup ini hanya sekali. jadi peluang hidup yang hanya sekali di dunia ini harus kami gunakan sehabis baik. setiap denyut nadi harus kami pastikan untuk Islam dan ikhlas kerana Allah. ada yang mendapat kefahaman ini di Al-Amin, dan ada yang mendapatnya di bumi tarbiyyah lain, tapi yang pasti Al-Amin telah membuka medan yang sangat luas untuk kami beramal. atas sebab itu, kami tidak pernah rasa putus asa untuk mengetahui apakah berita terkini di Al-Amin.

sungguh medan alumni ini lebih luas dari sekadar tautan ukhuwwah. ia lautan peluang untuk beramal!! saya hanya berkesempatan bersekolah di Al-Amin sehingga darjah 6, tetapi Al-amin sgt dekat di hati.

ayuhlah para alumni!! once an al-aminian, always an al-aminian!!