Saturday, December 29, 2007

anugerah batch : wajarkah diadakan?

wajarkah anugerah batch diadakan?

jika wajar, atas dasar apa sesuatu batch dianugerahkan penghargaan tersebut? data base terbaik? penglibatan terbaik? sumbangan? ikatan ukhuwah? atau aspek2 lain?

macamana pulak kalau buat pertandingan blog batch untuk menggalakkan setiap batch mewujudkan blog masing2?

jika setiap batch mewujudkan blog masing2 dan di'link'kan pula padanya blog/fs/multiply/fotopages ahli2 batch, kita akan lebih mudah mengetahui perkembangan semasa kawan2 fasa kita.

namun atas aspek apa sesuatu blog perlu dinilai? adakah presentation yang paling menarik? atau perkembangan ahli terbaik? atau pada pengajaran post2 yang ditulis? atau pada keaktifan? atau mungkin juga pada pautan ahli pada blog tersebut?

apapun, anda yang menentukan. sertakan nama dan comment anda.

cadangan program pembangunan fasa

perhatian kepada semua lepasan spm 07~!
insya Allah, beberapa program akan dirancang untuk antum sementara menunggu keputusan spm selama beberapa bulan ini.
program2 yang bakal dijalankan berbentuk skill, keusahawanan dan kerohanian. antara cadangan2 program ialah penerbitan, perfileman, perniagaan, kefasilitatoran, seni muzik dan bakti masyarakat. kami menjangkakan adik2 akan mencambah wang poket masing2 sepanjang mengikuti aktiviti ini di mana setiap hasil kerja akan mendapat imbuhan yang berpatutan.
jadi, tunggu apa lagi. sebar2kan kepada kawan2. selalu2 visit blog fasa untuk mengetahui berita terkini dan tunggu berita dari kami ^_~.
kepada sidang pembaca, cadangan dan teguran anda amat dialu-alukan. kami menanti comment2 anda.

Tuesday, December 25, 2007

Prog Pembangunan Lepasan SPM 2007


Sukacita dimaklumkan Program Pembangunan Lepasan SPM 2007 akan menemui ahli-ahli FASA Gen 7 tidak lama lagi. Aktiviti ini dirancang khas bagi membantu lepasan SPM 2007 bersedia sepenuhnya sebelum melangkah ke alam IPT.

Aktivitinya terbahagi kepada empat bahagian iaitu Kembara, Usrah, Kemahiran dan Riadhah. So, kepada semua Gen 7, KEEP IN TOUCH! :D

Monday, December 24, 2007

Futsal FASA 2007- Liputan Khas FNN (FASA News Network, hehehe)






BANDAR BARU BANGI, 23/12/07- Buat julung-julung kalinya Former Al-Amin Students Association (FASA) telah menganjurkan pertandingan futsal 5 sebelah di Aktif Futsal. Pertandingan "sempoi" itu telah mendapat perhatian serius oleh banyak pihak termasuk batch 2, 4, 5, 6, 7 dan 9 Al-Amin.

Pertandingan ini bertindak sebagai "kick-start" bagi Program Pembangunan Lepasan SPM 2007 yang akan berlangsung bermula Disember 2007 hingga Julai 2008. Selain itu, ia menjadi wasilah FASA dalam meng"update" data ahli-ahlinya.

Berikut adalah pasukan-pasukan yang bertanding:

KUMPULAN A:
1. All Blacks (Batch 2)
2. Gen 4 (Batch 4)
3. Kepak Ayam (Batch 6)
4. Total 90's (Batch 7)
5. Malaikat Subuh (Batch 9) -jemputan

KUMPULAN B:
1. Gen 5 (Batch 5)
2. Jejaka Tampan (Batch 6)
3. Anti-Hindraf Putra (Batch 6)
4. CFC (Batch 7)

Dalam pertandingan yang serba kurang ini, pasukan CFC telah muncul selaku juara apabila menewaskan Jejaka Tampan 4-3 menerusi sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat 1-1. Pengambil sepakan terakhir, Ahmad Fikri bin Zaini tidak menghampakan penyokong CFC apabila sepakan leretnya meluru laju mencecah jaring di sebelah rusuk kiri penjaga gol Jejaka Tampan, Muhammad Syamil bin Azman.

Anugerah penjaring terbanyak pula dimenangi oleh Anas bin Zainal Ariffin (Kepak Ayam) dengan jumlah jaringan 8 gol. Walau bagaimanapun, tiada sebarang hadiah untuk anugerah tersebut.


Berikut adalah keputusan penuh pertandingan:

Peringkat kumpulan:

Peringkat Separuh Akhir:

1. Kepak Ayam (0) VS CFC (1)

2. Gen 4 (1) VS Jejaka Tampan (1)
Jejaka Tampan menang menerusi sepakan penalti 2-1


Tempat Ketiga

Kepak Ayam (4) VS Gen 4 (1)


Peringkat Akhir:

CFC (1) VS Jejaka Tampan (1)
CFC menang menerusi sepakan penalti 4-3

Pihak FASA berharap program ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

Futsal FASA 2007

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, pertandingan Futsal FASA 2007 telah berlangsung dengan baik semalam di Aktif Futsal. Kepada yang menang, taniah diucapkan. Kepada yang kurang bernasib baik, tahun depan boleh cuba lagi (ada lagi ke? hehe).

Analisa ringkas dari kami; futsal merupakan "intan payung" ahli FASA. Mana taknya, dengan memo kurang dari seminggu dan himpitan sambutan hari raya Aidil Adha, pertandingan futsal ini mampu mengumpul sekitar 60 orang. TAKBIR!!! Allahuakbar!!!

Apapun, ana harap antum semua sempat beramah mesra dan merapatkan hubungan yang semakin renggang dek kesibukan dan komitmen study. Seharusnya kita menjadikan medan tersebut sebagai medan merenung kembali prestasi kita sebagai lepasan Al-Amin.

Adakah peribadi kita masih sama sebagaimana ketika kita berada di Al-Amin? Adakah hati kita sudah benar-benar meresapi konsep "insan rabbani" yang dicanangkan kepada kita suatu masa dahulu? Andaikata ada rakan-rakan kita yang terpengaruh dengan gaya hidup jahiliyah, mampukah kita kembali mengingatkan mereka? The answer is in you.

Sampai sini sahaja buat kali ini. Akhir kata, hayatilah tiga pertanyaan di bawah:

Dari mana anda datang ke dunia?
Mengapa anda datang ke dunia?
Ke mana anda akan pergi selepas ini?

Wabillahi taufiq, wassalamualaikum wbt.

Cetusan rasa,
Bilal bin Jailani

Wednesday, December 19, 2007

Sejenak merenung FASA

Kalau nak dibandingkan dengan persatuan-persatuan alumni sekolah lain, tidak dinafikan FASA agak ketinggalan. Di kala mereka sudah mempunyai sumber dana yang mapan, kita masih lagi terkial-kial meminta tajaan pihak tertentu. Di kala mereka sudah banyak terlibat dengan pelbagai perancangan pembangunan sekolah mereka, kita masih lagi menghadapi masalah gagal menghadiri mesyuarat.

Apakah kita benar-benar memahami fungsi dan peranan alumni terhadap sekolahnya?

Pada pendapat saya, dengan memahami tujuan dan sejarah penubuhan sekolah tercinta; Sekolah Islam Al-Amin Bangi sudah cukup untuk menjawab persolan di atas. Untuk mengetahui serba-sedikit mengenai sejarah sekolah, anda boleh merujuk majalah sekolah Fitrah 1.

Dengan memahaminya, saya percaya rasa cinta kan lahir. Rasa cinta yang menyebabkan seorang lepasan pelajar itu sanggup bermati-matian berbakti kepada sekolahnya demi memastikan usaha orang-orang dahulu tidak terhenti begitu sahaja. ("Allahummah dina wahdi bina wahdiyannasa jamia wajaalna sababl limanih tada")

Bakti dan khidmat alumni tidak semestinya berlaku dalam keadaan formal sahaja, seperti program Iftar perdana, program sukan FASA dan jualan. Hakikatnya, bakti secara tidak formal itu lebih penting daripada bakti dan khidmat formal.

Contohnya, kita boleh 'keep in touch' dengan junior-junior kita di sekolah dengan selalu chatting dan beriadhah dengan mereka (futsal? hehe :D). Ketika bermuayasyah (bergaul) dengan mereka, cubalah menyampaikan dakwah kepada mereka. Peringatkan mereka tentang misi kita sebagai seorang pelajar sekolah Islam, kepentingan tarbiyah Islamiyah, tamiyuz (identiti teertentu sebagai pendukung Islam) dan berkongsi masalah. Bukankah tarbiyah dan dakwah ialah apa yang paling diharap-harapkan oleh warga Al-Amin, selain pencapaian akademik? Justeru, rebutlah peluang ini. Pada pandangan saya, inilah peranan paling besar seorang lepasan pelajar. Semua pihak bertanggung jawab terhadap perkembangan warga Al-Amin, bukan pihak pengurusan sekolah dan guru-guru sahaja.

Seharusnya kita sentiasa berazam untuk kembali menjejakkan kaki ke sekolah tercinta. Ramai guru veteran sedia berkongsi cerita dengan kita seperti Muallim Zulkifli Sulaiman, Muallim Saudi Jusoh, Muallimmah Salamiyah Salehuddin, Muallim Shazmi Idris, Muallimah Norain Hayun, Muallimah Faridah Md Noor dan Muallimah Rohida Jamaluddin (semoga mereka sentiasa di bawah lembayung rahmat, redha dan keampunan Allah swt).

Sekiranya anda sanggup, kembalilah ke Al-Amin dan berbaktilah secara rasmi di sana sebagai seorang guru atau kerani mahupun tukang kebun dan tukang cuci. Samada part-time atau full-time. Samada lama atau sebentar. Saya mendapati pihak sekolah amat berbesar hati apabila kita melakukan sedemikian. Status tidak penting. Yang penting ialah keikhlasan dan semangat kita. Hal ini hanya relevan sekiranya kita benar-benar serius dalam membawa FASA ke tempat yang sepatutnya. Antara yang sudah melakukannya ialah saudara Ibrahim Hasan, Marhamah dan Maryam Jailani (guru ganti) serta mereka-mereka lain yang saya tidak pasti namanya (Semoga khidmat anda memberatkan mizan kebaiakan di akhirat kelak).

Mari kita bersama serius dalam mengemudi FASA. Kembalilah wahai lepasan Al-Amin. Berada di luar negara bukan alasan melarikan diri dalam dunia serba canggih ini. Ke mana pulangnya sireh kalau tak ke gagang? InsyaAllah, KITA BOLEH!!!

Peringatan buat diriku dan dirimu,
Bilal bin Jailani
(bilal_jailani@yahoo.co.uk)

-maklum balas amat dialu-alukan-

Tuesday, December 18, 2007

Makluman Futsal FASA 2007

Bismillahirrahmanirrahim.

Sukacita dimaklumkan FASA akan menganjurkan pertandingan futsal 5 sebelah. Butir-butir mengenainya adalah seperti berikut:

Program: Pertandingan Futsal 5 sebelah
Tarikh: 23 Disember 2007
Masa: 10.00 pagi hingga 12.30 tengah hari
Tempat: Aktif Futsal, Bandar Baru Bangi
Peserta: Ahli-ahli FASA

Setiap kumpulan dikenakan yuran RM20. Setiap kumpulan dianggotai oleh enam orang ahli daripada batch yang sama. Kepada yang berminat, sila 'confirm'kan penyertaan dengan menghantar senarai nama ahli beserta nama kumpulan ke bilal_jailani@yahoo.co.uk.

Untuk makluman semua ahli FASA, sekiranya ramai yang tidak dapat menyertainya disebabkan pulang berhari raya ke kampung, sila maklumkan kepada pihak penganjur melalui email di atas. Pihak penganjur akan menukar tarikh pertandingan kepada 24 Disember 2007.

Jom sama-sama kita meriahkan karnival sukan FASA 2007! See you there!

Bilal bin Jailani
(019-5174411)

Sunday, December 16, 2007

futsal vs bowling

Next COOL activity to come!
KARNIVAL SUKAN FASA
khas buat lepasan SPM
futsal for banin & bowling for banat
nantikan kemunculannya~!

Saff Kepimpinan FASA 07/08

Hasil syura mantan HICOM FASA pada AGM (Annual General Meeting) yang lepas, maka saff baru kepimpinan FASA telah dilantik. Pada awalnya, pihak penganjur ingin mewujudkan sistem pilihanraya. Malangnya, kehadiran ahli yang tidak mencukupi tidak membenarkan sistem tersebut dilaksanakan.

Hurm..nampaknya masih banyak yang perlu diperbaiki dan dibina. Semoga ahli2 FASA akan lebih komited pada masa akan datang ^_~

* * * * *

Presiden
Syed Zul Fauzi bin Syed Mokhtaruddin

Timbalan Presiden
Marhamah binti Jailani

Setiausaha
Abdullah Omar bin Fuad

Timbalan Setiausaha
Husna binti Khairul Anuar

Bendahari
Husni Faiz bin Khamaruddin

~moga lebih BERSEMANGAT mengumpul, menyusun dan membina~

^_^ FASA dah ada blog!~

Assalamualaykum wa rahmatullahi wa barakatuh.

^_^ Wah~ akhirnya FASA membuka blog sendiri.

Petang tadi, HICOM (High Committee) FASA mengadakan meeting untuk me'review' SP (Strategic Planning) dan mendengar pembentangan Program Pembangunan Lepasan SPM 07.

Antara isu yang hangat dibangkitkan dari dulu - website FASA (budak al-amin.com) tak user-friendly. Setelah dimuhasabah dan didebat2kan, akhirnya kami hadir dengan satu solusi iaitu

BLOG FASA !

Moga blog ini memberi manafaat kepada semua. Insya Allah bakal dimuatkan berita2 terkini mengenai aktiviti FASA, iklan2, link2 blog ahli2 FASA, tazkirah dan macam2 lagi.

Hebah2kan blog ini kepada semua rakan FASA anda ^_^ Mari kita tautkan kembali ikatan ukhuwah yang telah lama kita tinggalkan. kami juga SANGAT MENGGALAKKAN setiap batch membina blog batch masing2 (link kan ahli2 batch anda di dalam blog tersebut) dan kami dengan besar hati dan tangan terbuka akan me'link'kan pula blog batch anda ke blog utama FASA ini.

Bagi mana-mana ahli yang ingin menyumbang post ke blog ini, bolehlah emailkan tulisan dan gambar2 anda ke
fasa_leader@yahoogroup.com


Akhirul kalam~ ENJOY THE BLOG! ^0^