Saturday, May 23, 2009
tambahan RM130~pencapaian setakat 5 Jun 2009 jam 11 malam
alhamdulillah! teruskan usaha!! Sesungguhnya janji Allah itu benar!!
batch 8: RM1735
batch 7: RM593
batch 6: RM471
batch 5: RM637
batch 4: RM502
batch 3: RM309
batch 2: RM800
batch 1: RM460 (+pledge: RM100)
batch UPSR 1995 ke atas: RM759
JUMLAH: RM6266 (78.325%) + Pledge RM100
Alhamdulillah Allahuakbar!!
JOM USAHA LEBIH GIAT!!
COUNTDOWN JAMUAN AMAL: 22 HARI SAHAJA LAGI!!!
Saturday, May 16, 2009
20 tahun di persada pendidikan Islam bersepadu~
tambahan RM2050~pencapaian setakat 16 mei 2009 (selamat hari guru!)
alhamdulillah! teruskan usaha!! Sesungguhnya janji Allah itu benar!!
batch 8: RM1735
batch 7: RM593
batch 6: RM150
batch 5: RM637
batch 4: RM502
batch 3: RM309
batch 2: RM700 (+pledge: RM100)
batch 1: RM60 (+pledge: RM500)
batch UPSR 1995 ke atas: RM754
JUMLAH: RM5440 (68%) + Pledge RM600
Alhamdulillah Allahuakbar!! JOM USAHA LEBIH GIAT!!
COUNTDOWN JAMUAN AMAL: 41 HARI SAHAJA LAGI!!!
Friday, May 15, 2009
Nakbah Palestin
ada yang tertanya2 apa itu Nakbah Palestin. Jadi sempena 15 Mei yg akan datang ni.. ana akan post tentang nakbah Palestin.. Baca la ye ^_^
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=14483&Itemid=91
Thursday, May 7, 2009
tambahan RM900.00~pencapaian setakat 13 mei 2009
batch 8: RM735
batch 7: RM343
batch 6: RM150
batch 5: RM137
batch 4: RM452.55
batch 3: RM59
batch 2: RM700 (+pledge: RM100)
batch 1: RM60 (+pledge: RM500)
batch UPSR 1995 ke atas: RM754
JUMLAH: RM3390.55 (42.38%) + Pledge RM600
Alhamdulillah Allahuakbar!!
JOM USAHA LEBIH GIAT!!
skurang-kurangnya lagi RM4609.45 diperlukan
COUNTDOWN JAMUAN AMAL: 44 HARI SAHAJA LAGI!!!
Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis

Anjuran Bersama :
AMAN PALESTIN BERHAD &
PERSATUAN BELIA ISLAM NASIONAL (PEMBINA)
9 MEI 2009
8 pagi – 5 petang
Dewan Merdeka
Pusat Dagangan Dunia Putra, PWTC
Siapa Panelis?
Dr. Muhsin Saleh
Pengarah El Zaytouna Centre for Studies and Consultations di Beirut, Lubnan
Profesor Sejarah dan Kontemporari Arab Moden
Dr Azzam al-Tamimiy
Pengarah Institut Pemikiran Politik Islam di London
Dr. Roslan bin Mohd Nor
Pensyarah Kanan Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Universiti Malaya
Phd Kajian Jurusalem – Islam
Kenapa mesti datang?
Menunjukkan kesungguhanan dan solidariti bersama pejuang dan rakyat Palestin untuk membebaskan bumi Anbiya’ iaitu Palestin daripada cengkaman Zionis - Israel. Mendapatkan kefahaman tentang empayar “Israel Raya” yang sedang dibina oleh Zionis, serta ancaman bahayanya kepada ummat Islam khususnya, bahkan dunia amnya. Mendapatkan kefahaman tentang propaganda dan dakyah negatif Zionis kepada ummat Islam, bahaya yang dibawanya serta langkah menghadapi ancaman propaganda Zionis itu. Mendapatkan kefahaman bahawa akhirnya usaha Zionis hanyalah sia-sia dan pasti menuju kehancuran, bahkan mereka sedang menuju kehancuran. Mendapatkan kefahaman bahawa perjuangan jihad ummat Islam seluruh dunia terutama dalam membela Palestin akan berjaya, bahkan ia adalah sesuatu yang pasti kerana telah dijanjikan oleh Allah swt. Menunjukkan solidariti dalam mencabar Zionis di persada media antarabangsa bahawa kita ummat Islam bukanlah lemah, bahkan kita sedang bangkit. Biar Zionis terkejut dengan cabaran kita bahawa ‘Agenda Zionis Akan, Bahkan Pasti Berakhir’. Jom datang sertai 3,000 atau lebih peserta konvensyen. Tunjukkan solidariti mencabar Zionis laknatullah!
Apa yang menarik?
Mari bersama-sama mendengar amanat Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang baru, Y.B Mej. Jen. Dato’ Haji Jamil Khir bin Haji Baharom berhubung agenda Zionis dalam Ucapan Perasmian beliau di konvensyen ini. Mari bersama-sama mendengar pembentangan yang insyaAllah sangat menarik daripada 3 panelis yang sangat pakar dalam isu Zionisme, lagi masyhur di persada antarabangsa dan nasional. Salah seorang panelis adalah anak Malaysia. Inilah semangat anak Malaysia untuk dein Allah Islam dan bumi para ambiyak Palestin.
Dr Roslan Mohd Nor adalah anak Malaysia, pakar isu Zionisme yang dimaksudkan, kini Pensyarah Kanan di Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Universiti Malaya adalah pemegang PhD dalam bidang Kajian Jerusalem-Islam, Aberdeen University, Scotland.
Panelis kedua ialah Dr Azzam At-Tamimiy, Pengarah Institut Pemikiran Politik Islam, London yang Kerap muncul sebagai pengantara di rangkaian satelit Bahasa Arab iaitu al-Jazeera dalam bahasa Inggeris dan Arab. Beliau pernah menjadi ‘visiting’ Profesor di Universiti Kyoto (2004) dan Universiti Nagoya(2006) dan telah menerbitkan beberapa buah buku termasuk Democrat within Islamism (Oxford University Press, New York 2001), Islam and Secularism In The Middle East (Hurst London dan NY University Press, New York, 2000) dan HAMAS, The Unwritten Chapter.
Panelis ketiga ialah Dr Mohsen Saleh, Pengurus Besar Pusat Penyelidikan dan Perundingan Al-Zaytouna, Beirut, Lubnan. Mantan pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ini adalah Profesor Sejarah Kontemporari dan Arab Moden, pernah menjadi penerima Anugerah Bait-Al-Maqdis untuk Ilmuwan Muslim Muda oleh Islamic Research Academy, UK. Pakar kajian Palestin ini adalah juga pembantu editor untuk 15 buah buku, editor laporan tahunan Palestinian Strategic Report dan akhbar elektronik Palestinian Today sebanyak lebih daripada 1400 keluaran.
Di konvensyen ini, apa nak dibincangkan?
- Kejatuhan Islam dan Kewujudan Negara Israel
- Sejauh Manakah Kesan Kewujudan Zionis Terhadap Dunia Sejagat.
- Peranan Seorang Muslim Dalam Menghadapi Musuh Zionis
- Hakikat Zionis dan Agenda yang Dipropagandakan.
- Kebangkitan Islam di Palestin dan Status Agenda Zionis Masa Kini.
Jom daftar sekarang!
Sebelum 3 000 tempat duduk penuh
Cara 1 : Tel 03 8926 7019 Nyatakan penyertaan KBAZ, Nama Penuh dan No IC
Cara 2 : Fax 03 8925 9963 Nyatakan KBAZ, Nama Penuh dan No IC
Cara 3 : Email kbaz2009@yahoo.com Nyatakan KBAZ, Nama Penuh dan No IC
Cara 4 : Sms 019 607 7372 Nyatakan KBAZ, Nama Penuh dan No IC
Bayar masuk RM10 semasa hadir