Monday, January 21, 2008

Ijlis bina nu'min saah

ASY-SYAHID DR ABDULLAH AZZAM- Mujahid perentas pelbagai negara

Sijil Diploma Pertanian (dalam usia yang muda)
Seorang pegawai pertanian
Ijazah Sarjana Muda Syariah (Jayyid Jiddan) Universiti Damsyik (1966)
Guru Sekolah Menengah Perempuan Al-Taj
Jihad Palestina (1967)
Ijazah Sarjana Muda Usul Fiqh Al-Azhar
Pensyarah Kuliyyah Syariah di Universiti Jordan (1970)
Ijazah Doktor Falsafah Usul Fiqh Universiti Al-Azhar (1973)
Dipecat dari Universiti Jordan kerana mentarbiyah beratus-ratus pemuda menentang penjajahan Yahudi (1980)
Pensyarah di Universiti Al-Malik Abdul Aziz Jeddah (1981)
Memohon pindah ke Universiti Islam Antarabangsa (IIU) di Islamabad (1981)

Kemewahan hidup di Saudi begitu menekan perasaan As-Syahid dan menghalang beliau untuk tinggal lama di sana. Beliau kemudiannya memohon dari pihak pentadbiran universiti untuk bertugas di Universiti Islam Antarabangsa (IIU) di Islamabad Pakistan supaya kedudukannya dengan bumi jihad Afghanistan semakin dekat.

Setelah permohonan itu diterima, As Syahid terus berhijrah ke Pakistan dalam tahun itu juga (1981). Ketika bertugas di Universiti Antarabangsa Islamabad (IIU), As-Syahid cuba berhubungan dengan pimpinan mujahidin Afghan untuk mengetahui perkembangan jihad di sana.

Beliau merasakan tugasnya sebagai pensyarah di universiti itu telah memendekkan waktunya untuk berjihad. Justeru itu, untuk mengimbangi tugasan tersebut, As-Syahid telah mengumpulkan semua jadual syarahannya dalam masa seminggu kepada tiga hari. Hari-hari yang lain, beliau pergi ke Afghanistan untuk berjihad.

Di tahun-tahun berikutnya, beliau merasakan jumlah empat hari dalam seminggu untuk kerja-kerja jihad adalah tidak mencukupi. Lalu dipendekkan lagi jadual syarahan dan kelasnya kepada dua hari dalam seminggu supaya dia dapat menggunakan lima hari lagi di medan jihad.

Namun, jumlah lima hari dalam seminggu juga tidak mencukupi bagi As-Syahid hinggalah pada tahun 1984 M apabila mendapati tugas tersebut benar-benar telah mengganggu beliau dari berjihad, maka As-Syahid memohon untuk meninggalkan tugasnya sebagai pensyarah dan menuju ke Peshawar untuk melakukan tugas-tugas jihad secara sepenuh masa.

Beliau juga sering berkunjung ke negara-negara asing intuk menyebarkan fikrah jihad dan menyeru umat Islam sumbangan sekadar yang termampu kepada jihad Afghanistan. Di samping itu juga As-Syahid berusaha mengarang kitab-kitab dan menerbitkan majalah-majalah untuk tujuan yang sama.Hasil usaha tersebut, beribu-ribu umat Islam dari luar Afghanistan, terutamanya dari negara-negara Arab datang ke Afghanistan untuk menyertai jihad di sana.

PEMBUNUHAN

Perkara-perkara ini begitu menggerunkan kuasa-kuasa Kuffar Barat, Komunis dan juga kerajaan Sekular umat Islam. Perancangan demi perancangan diatur untuk membunuh tokoh ini. Bagi mereka As-Syahid tidak boleh dibiarkan hidup kerana beliau akan meneruskan usahanya menggerak pemuda-pemuda Islam dari pertiduran mereka di atas hamparan permaidani Taghut.

Maka pada 24 November 1989, As-Syahid dibunuh bersama dua orang anaknya, Ibrahim dan Muhammad di Arbab Road Peshawar, dalam satu letupan ketika mereka sedang menuju ke masjid untuk menunaikan Solat Jumaat. Berakhirlah riwayat hidup As-Syahid yang telah pun dapat kemuliaan dari Allah SWT dengan kurniaan syuhadat dari-Nya.

Qumu Ya Naimin!!!
Al-Aqsa yunadeena!!!
Ayanqusud dinu wa ana hayy?!!

Bangunlah wahai orang-orang yang tidur!!!
Al-Aqsa memanggil kita!!!
Apakah agama Islam itu mundur sedangkan aku hidup?!!

Jarak yang jauh bukanlah alasan berhenti berbakti di dunia yang serba canggih ini...

Wabillahi taufiq.

(Untuk kisah yang lebih detail, sila layari blog Bilal gen 5 :D)

No comments: