Monday, June 9, 2008

projek FASA sempena Hari Guru 08



alhamdulillah sempena Hari Guru 08, Biro Penerbitan & Da'wah serta Biro Dana & Kebajikan FASA telah bergabung tenaga menyediakan hadiah yang istimewa untuk para muallim dan muallimah kita.
Hadiah tersebut berupa li' book 50 suara hati (membongkar rahsia mengapa guru-guru Al-Amin begitu istimewa di hati kami), komik CREATIVE special edition sempena Hari Guru & Risalah kecil limited edition sempena Hari Guru. Pakej istimewa ini telah diedarkan pada 16/5/08.
Pihak FASA telah menerima sms daripada Muallimah Ain (Pengetua Sek Men) yang berbunyi: "Jazaakumullah atas ingatan pihak alumni terutama dari Biro Penerbitan & Dakwah atas cenderahati yang amat special ini. Semoga dengan sokongan antum, kami diberi kekuatan oleh Allah swt untuk meneruskan amanahNya".
Selain itu, projek ini juga telah dikembangkan menjadi projek dana FASA dengan memasarkan produk ini kepada adik2 sekolah menengah.
semoga Allah menghargai usaha kerdil ini. Jazaakumullah kepada semua yang telah terlibat dalam menjayakan usaha ini sejak April lagi. Jazaakumullah once again.

No comments: