
Alhamdulillah pada 15-16hb Disember yang lalu, telah disempurnakan sebuah program khusus untuk lepasan SPM 2008 yang lebih dikenali dengan nama I-Fresh anjuran FASA. Program ini bertujuan untuk memperkenalkan FASA kepada adik-adik lepasan SPM 2008(G8), di samping bagi membantu mereka merangka organisasi Batch 8 itu sendiri. Selain itu, target utama program ini adalah untuk mencipta ukhuwah antara batch dan senior-junior serta memperkenalkan adik-adik secara ringkas tentang dunia IPT. Bertemakan suasana universiti, kira-kira 24 orang adik-adik turut serta menjayakan program ini dengan bantuan 15 orang senior merangkap fasilitator bagi program ini.






Organisasi Batch 8














Kami dari FASA mengucapkan Jazaakumullah kepada semua peserta dan fasilitator yang turun padang untuk menjayakan program ini. Semoga segala usaha dan masa yang terluang bagi menjayakan program ini mendapat balasan di sisi-Nya, insyaAllah. Program ini hanyalah sebagai langkah pertama adik-adik G8 sebelum mereka terus bergiat bersama FASA, insyaAllah.
No comments:
Post a Comment