Tuesday, February 24, 2009

EMI '09 (2)





EKSPLORASI MENARA ILMU 2009

Tarikh : 29 Mac 2009 (AHAD)
Tempat : Auditorium Fakulti Kejuruteraan, UPM
Anjuran : KRBJ Sepang dengan kerjasama KRBJ Selangor


MUKADDIMAH
"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkannya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan. "
At Tahrim 66:6


- Ramai ahli-ahli KRJ dan para remaja yang telah menamatkan persekolahan mereka diperingkat SPM akan menyambungkan pelajaran mereka diperingkat IPTA mahupun IPTS (IPT)
- Sebahagian besar daripada mereka masih tertanya-tanya dan kurang pasti halatuju bidang pelajaran dan kerjaya yang akan mereka pilih. Para pelajar ini perlu dibekalkan dengan pendedahan awal mengenai persediaan ke IPT, cabaran mahasiswa juga cabaran kerjaya agar mereka mampu membuat pilihan yang terbaik berdasarkan kelayakan mereka.
- Disamping itu, satu mekanisma perlu di wujudkan untuk menjamin kesinambungan tarbiyah pelajar dari alam KRJ ke alam IPT, Ini kerana para pelajar ini, sangat berpotensi menjadi calon-calon di IPT nanti.
- Sememangnya JIM mempunyai tenaga ramai tenaga pengajar di IPT juga mahasiswa yang mampu berkongsi pengalaman kepada bakal-bakal mahasiswa ini.

OBJEKTIF
- Berkongsi maklumat dan berkongsi pengalaman bersama pensyarah/tenaga pengajar dan mahasiswa IPT dengan memberikan pendedahan kepada para pelajar lepasan SPM untuk bersedia menghadapi alam belajar selepas sekolah
- Memberikan maklumat mereka mengenai aspek pemilihan bidang pelajaran & kerjaya serta cabaran hidup di IPT
- Mewujudkan kesinambungan tarbiyah kepada ahli KRJ juga peluang tarbiyah kepada bukan ahli KRJ semasa di alam para pelajar mengenai alam IPT.


ATURCARA PROGRAM

9.00 am
Bacaan Al-Quran Kata Aluan En. Zainuddin Esin
(Pengerusi JK Belia&Remaja.Selangor)
Ucapan Aluan & Pembukaan oleh YDP JIM Selangor Tuan Haji Mazmi
Kamal

9.30 am Life Beyond SPM / Kehidupan Selepas SPM -Razlan Jalaluddin (Lawyer)

10.00 am Rehat & Sarapan

10.30 am Forum : Kerjaya Idaman 1
Moderator : Amir Mohd Ali
Ahli Panel :
§ Mohd Kamal Mohd Rathi—Akauntan
§ Dr. Noor Azizah Tahir— Pensyarah Perubatan International Medical University
§ Professor Dr. Iskandar Baharin—Dekan Malaysian French Institute, UniKL
§ Awang Armadajaya—Peguam

11.45 am Selingan 1 : Nasyid

11.55 am Forum : Kerjaya Idaman 2
Moderator : Ahmad Dhanny Sarip
Ahli Panel :
§ Prof.Dr. Mohd Ali Hassan—Dekan Fakulti Biotech, UPM
§ Ustaz Zulkifli Ahmad—Guru
§ Siti Haniza—medicmesir.com

1.15 pm Solat & Makan tengahari
2.00 pm Selingan 2 : KARISMA
2.15 pm LDK—Meninjau Usahawan Berjaya
4.15 pm Selingan 3 : Cabutan Bertuah
4.30 pm Bersurai



Cara Pendaftaran
Pendaftaran boleh dibuat melalui salah satu cara berikut:
1) Isi borang ini dan hantar terus kepada wakil JIM Daerah

2) Hantar SMS kepada urusetia EMI, dengan format berikut:
DAFTAR EMI (Taipkan Nama Penuh, No.MyKad, Nama Sekolah & Jurusan)
Hantar ke talian:
Zulkhairi 013-6151151/ Aishah 012-6306709

3) Email butir-butir seperti dalam borang pendaftaran ke
krbj_sepang@yahoo.com

No comments: