Tiada dalam gambar: Khadijah Khalilah
Brothers dari kiri atas: Abbas, Mus'ab, Syed Bahri, Salaam (t.rumah), Muhsin
Brothers dari kiri bawah: Abdullah Omar, Umar, Amir, Qayyim, Izzudin
TARIKH: 30hb Ogos 2009
TEMPAT: Rumah saudara Abdul Salaam Shafurddin.

Pada 30hb baru-baru ini, batch ke-4 Al-Amin Bangi atau lebih dikenali sebagai G4 telah mengadakan sebuah iftar jama'ie di Serdang. Seramai 24 orang telah hadir memeriahkan majlis iftar jama'ie ini.
Aturcara telah dimulakan dengan aluan-aluan oleh saudara Abdullah Omar. Seterusnya sesi taaruf ringkas telah diadakan bagi mengenali siapa yang hadir. Selepas sesi ta'aruf, taklimat MAKAN telah disampaikan oleh tuan rumah, saudara Abdul Salaam. Kemudian, sebuah tazkirah berkenaan Lailatulqadar telah disampaikan oleh saudara Umar Pishal.
Selesai tazkirah, azan telah berkumandang dan semua telah membuka puasa dengan juadah-juadah ringan. Selepas berbuka, semua telah solat maghrib berjama'ah dan sesi makan berat pun dimulakan. Dikesempatan makan itu, semua telah mengambil peluang untuk bersembang dan bercerita perkembangan masing-masing.
Sebuah sesi majlis ilmu ringkas telah diadakan untuk brothers yg hadir dimana saudara Salaam telah menceritakan sejarah solat tarawih dan bagaimana pendapat ulama' berkaitan rakaat tarawih.
Sebelum masing-masing pulang, semua telah mengambil gambar dan bersalaman/berpelukan. Makanan yang lebih telah dibungkus dan dibawa balik. Semua telah bersurai jam 9pm dan menuju destinasi masing-masing.
Semua ahli G4 yang hadir mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuan rumah atas kesudian menerima tetamu yang ramai.