Monday, August 31, 2009

Iftar Brothers FASA

GATHERING IFTAR BROTHERS 2009:
MALAM MEMPERINGATI KHANDAQ


Tempat : Masjid UNITEN
Tarikh: 29hb Ogos 2009


Alhamdulillah pada Sabtu baru-baru ini, Former Al-Amin (Bangi) Student Association dibawah inisiatif Tuan Presiden, saudara Zuhdi Zamani dan beberapa ahli FASA brothers yang lain telah mengadakan sebuah gathering dan iftar di Masjid UNITEN, Bangi.

Aturcara rasmi telah bermula pada sekitar jam 6.50 yang mana ia telah dimulakan dengan tazkirah oleh saudara Abd Salaam Shafruddin. Beliau telah memberikan perkongsian tentang bagaimana persediaan kita memburu lailatulqadar.


Saudara Salaam memberikan tazkirah

Seterusnya pada jam 7.15, semua telah bersedia di bawah masjid untuk iftar. Waktu yang dipilih oleh penganjur sangat sesuai kerana kebanyakkan pelajar UNITEN pulang bercuti, jadi suasana berbuka puasa agak lengang dan menyebabkan makanan juga berlebihan, malah boleh ditambah.

Iftar beramai2..

Selepas iftar, semua telah bersolat maghrib bersama jamaah masjid. Selesai solat maghrib, semua telah berkumpul kembali untuk mengadakan sesi taaruf santai bagi mengetahui perkembangan terkini masing-masing.


Oo..dah kawin ye~

Apabila masuk isya', maka semua telah menunaikan isya' beserta tarawih dengan jamaah masjid.

Seusai solat tarawih 8 rakaat, kesemua brothers telah berkumpul kembali bagi membincangkan beberapa topik terkini disamping membantu rakan-rakan FASA yang ada kemusykilan untuk dikemukakan.

Dalam jam 10.20pm, majlis di masjid ditutup oleh Presiden FASA.

Beberapa brothers seterusnya telah ke Active utk bermain futsal.

Mewakili pihak penganjur, FASA mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah hadir memeriahkan suasana. Seramai lebih kurang 14 orang hadir dari pelbagai batch. Semoga ukhuwwah antara brothers semakin mantop dan diharapkan agar program-program FASA akan datang dapat disertai oleh ramai lagi brothers yang lain.

Antara yang hadir:
Abdullah Omar (G4), Ammar Azhar (G2),Mus'ab Sahrim (G4), Munzir Roslan (G7), Ikram Mohd Hariffin (G7), Izzudin Khairulannuar (G3/G4), Ahmad Zubair (G7), Ahmad Muhammad (G5), Abdullah Farouq (G2), Ahmad Ibrahim (G5), Abdul Salaam (G4), Ahmad Zuhdi (G2), Marwan Abdullah (G6), Izzat Borhanuddin (G5), Abd Rahim (G2).

2 comments:

Syed Zulfauzi said...

Salam kenapa saifullah kena dikenalkan mcm tu...kata ahad? klu hari ni kena check balik jadual nih

Anonymous said...

Syoukran buat izzat, ahmad dan ibrahim yang mewakili batch saye! :)

bilal_j