Saturday, November 28, 2009

once an al-aminian, always an al-aminian



"kenapa adik2 perlu rasa izzah menjadi seorang al-aminian?" saya bertanya kepada adik2 yang hadir ke program 2D 1N (2 days 1 night atau Dekat, Dapat, Nekad)

owh ya! sebelum tu, soalan pertama saya adalah: "cuba adik2 tulis apa perasaan adik2 terhadap al-amin..kalau tiada perasaan atau belum ada perasaan atau perasaan *** pon sila la tulis dengan jujur ya.." kemudian disusuli dengan soalan "bagaimana nak rasa bangga (baca: izzah) menjadi al-aminians?"

ahamdulillah selasa 24/11/09 yang lalu, saya dijemput untuk memberikan perkongsian bertajuk proud to be al-aminians kepada adik2 form 3 al-amin yang tahun depan akan menyertai barisan senior al-amin; yang akan membentu menyokong al-amin memacu bumi tarbiyyah al-amin yang unggul.

Program ini adalah inisiatif adik2 tingkatan 4 tahun ini, kemudian akan disusuli dengan nuqaba' training camp pada 8-10/12/09.

sebetulnya pada hari yang sama saya sudah ada komitmen untuk 2 program. 1 pada jam 9.30am hingga 12.30pm. seterusnya jam 1.30pm hingga 5pm. tapi, saya gagahi jua untuk ke program 2D 1N kerana keterikatan yang sangat kuat dengan al-amin. saya rasakan ini peluang yang tidak wajar disia-siakan. ada sesuatu yang harus saya kongsi dengan adik2 ini. jadi berkejar-kejar mengisi slot 8.30am hingga 9.15am. tak banyak yg dapat dikongsikan. semoga yg seceot itu ada manfaatnya~

agak2 apa ya jawapan yang saya terima untuk soalan pertama saya: apa perasaan adik2 terhadap al-amin?

-bangga

-belum ada perasaan

-sayang

-sayang+rindu= cinta al-amin

-bangga sangat

-rasa rindu, kerana tanpa Al-amin seperti iman menurun kerana tiada tarbiah

-*** (tak tergambar)

-belum ada lagi

-disebabkan dah lama dah mendapat tarbiyah drpd tahun 1, perasaan sayang telah timbul

-sayang dengan Al-Amin, so bangga dengan Al-Amin!! Bila cinta mesti bangga!!

-sayang!!!

-sayang =)

-belum ada PERASAAN

-belum ada perasaan

-rasa sayang ngan Al-Amin, tapi kini makin teguh kerana sekolah makin jatuh

-~sayaang sangaat...

-sayang dan bangga kerana saya dapat bimbingan yang cukup dan ciri muslim sejati

-sayang...

-xtau. proud jgk ar

-sayang

-sayang dan cintakan Al-Amin

-bangga dan sayang

-sayang

-x terfikir lagi..mungkin ada rasa sayang sikit

ini jawapan mereka. apa jawapan anda?

di akhir sesi, saya katakan: asas yang paling kuat memegang kami para alumni al-amin untuk terus teruja mahu tahu apakah khabar al-amin kini ialah ISLAM. ya! asas yang paling kuat adalah islam. kerana Allah.

kami alumni juga seperti adik2 semua. ada tanggungjawab yang tak kurang banyaknya. sebagai anak, isteri/ suami, menantu, cucu, ayah, ibu, kakak, abang, pekerja, bos etc etc. tapi itu semua tidak pernah melunturkan semangat kami untuk pedulikan Al-Amin ini.

sentiasa saja mahu tahu apakah perkembangan tarbiyyah kalian di Al-Amin, apakah usrahnya berjalan lancar? apakah yang boleh kami bantu lagi? apakah ada guru-guru baru atau perlukan bantuan kami? apakah ada event yang boleh kami hadiri? apakah apakah apakah dan banyak lagi persoalan..yang nyata..Al-Amin sangat dekat dengan jiwa kami. dan kami begitu faham, kalau bukan kerana kepentingan tarbiyyah, Al-Amin tidak akan diwujudkan.

semuanya kerana Islam mengajar kami bahawa hidup ini hanya sekali. jadi peluang hidup yang hanya sekali di dunia ini harus kami gunakan sehabis baik. setiap denyut nadi harus kami pastikan untuk Islam dan ikhlas kerana Allah. ada yang mendapat kefahaman ini di Al-Amin, dan ada yang mendapatnya di bumi tarbiyyah lain, tapi yang pasti Al-Amin telah membuka medan yang sangat luas untuk kami beramal. atas sebab itu, kami tidak pernah rasa putus asa untuk mengetahui apakah berita terkini di Al-Amin.

sungguh medan alumni ini lebih luas dari sekadar tautan ukhuwwah. ia lautan peluang untuk beramal!! saya hanya berkesempatan bersekolah di Al-Amin sehingga darjah 6, tetapi Al-amin sgt dekat di hati.

ayuhlah para alumni!! once an al-aminian, always an al-aminian!!

No comments: